Artis / Selebriti
” Rare betul gambar ni. Tak pernah lagi tengok gambar ni semua. Ringkas betul eh merisik.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Gambar-Gambar Throwback Majlis Merisik Dato’ Sri Siti Nurhaliza Buat Ramai Teruja. Wah Gambar Paling Rare Ni. Simple Sungguh Majlis Tokti. Cantik Tokti Masa Sarung Cincin Dengan Mak Datuk K !!
21 Ogos 2006 menjadi tarikh keramat untuk penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila sah disatukan sebagai pasangan suami isteri bersama Dato’ Seri Khalid Jiwa. Pada waktu itu, majlis perkahwinan ini menjadi wedding of the year dan tajuk utama media-media.
Kini sudah 18 tahun berlalu dan pasangan ini menyambut ulangtahun perkahwinan mereka semalam. Bagi yang mengikuti perkembangan DS Siti, pastinya tahu rentetan kisah percintaannya bersama Dato’ Khalid sehingga lah mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Nurhaliza Fans, telah dikongsikan satu video suntingan yang mana mengandungi gambar-gambar sekitar majlis merisik DS Siti berbelas tahun yang dulu. Gambar ini cukup istimewa dan ketika itu pihak media juga tidak dapat menghidu adanya majlis merisik di rumah DS Siti.
Tidak perlu busana yang berkerlipan dan solekan yang tebal, penampilan DS Siti ketika itu cukup simple. Cukup dengan berbaju kurung berwarna biru dan berselendang di kepala, DS Siti sudah cukup menarik dipandang mata. Majlis merisik paling simple untuk selebriti popular seperti DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
@sitinurhalizafantastic Majlis Merisik DS @Siti Nurhaliza 🩷 Maaf Kualiti Gambar Agak Memuaskan 😅 #fyp #tiktok #love #sitinurhaliza #superstar #queen #anniversary #cinta
@sitinurhalizafantastic Majlis Khatam Al Quran DS @Siti Nurhaliza 💖 #fyp #tiktok #love #sitinurhaliza #superstar #queen #anniversary #cinta
@sitinurhalizafantastic Happy Anniversary Buat Kesayangan DS @Siti Nurhaliza 🩷🩷🩷 Moga Berbahagia Hingga Jannah ❤️❤️❤️ #tiktok #fyp #love #sitinurhaliza #song #superstar #queen #anniversary
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Wehh ni jackpot ni. tak pernah lagi tengok gambr gambar ni semua.. jackpot nauu nauu gambau ni.. ”
” Tokti pernah share gambar ni dulu tak silap dalam majalah hai / urtv ada. simple je kan tapi comel tokti.. ”
” Simple je siti mse ni, padahal mase ni dia dah famous giler2… tapi dia tetap wanita tercantik di malaysia masa ni, tiada tandingan mase ni.. ”
” Siti sudah jutawan, popular, berada ketika ini tapi lihatlah bertapa sederhana nya majlis merisik beliau… inspirasi btl.. ”
” Zaman yang lepas simple jaa kn majlis merisik… pastu bertunang… cepatnya masa berlalu.. kenangn yg pling indah tuu arwah ayah dct pn ada.. ”
” Simple jer merisik CT dulu.. zaman larr ni lgi sakan merisik.. zaman dulu simple jer.. xdk pelamin xdk pa.. dulu bwa sarung cincin settle.. ”
” Weyyy… rare btul gmbr ni…. ringkas btul eh mrisik… hebat.. takde sorg pn wrtwan dpt hidu.. hebat tokti ni.. ”
” Tak pernah tengok, first time tengok gambar ni.. simple sungguh walaupun diva.. dia punya seri tuh lenyapkan sgalanya walaupon simple je majlis merisik.. ”
Gambar yang cukup istimewa dan ramai tidak pernah melihat moment indah DS Siti ini. Betapa simple seorang yang bernama Siti Nurhaliza walaupun sudah bergelar jutawan pada waktu itu. Permulaan hubungan yang akhirnya ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga kini. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat DS Siti dan Dato’ Khalid.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fantastic, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen