Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok Tokti kena overshadow masa persembahan. Tokti pun terikut step robot, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat seorang peminat menyanyi bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza di Open House Raya Simplysiti buat ramai terhibur. Sempoi betul peminat ni, memang random sangat. Tokti pun terikut sama masuk air. Lawak betul, haha..
Open House Raya Simplysiti telah pun dijalankan semalam bertempat di The Dove KL bermula jam 2 sehingga 6 petang. Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza selaku tuan rumah beramah mesra dan menghiburkan semua tetamu dengan nyanyiannya yang merdu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zue Coomel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan DS Siti bersama salah seorang peminat yang datang beraya. Telatah peminat ini yang begitu sporting dan berani berada di atas pentas mencuit hati semua.
Bukan semua orang berpeluang dapat sepentas dengan DS Siti dan peminat ini antara yang bertuah. DS Siti menyanyikan lagu Lip Lap Raya dan peminat ini menambahkan lagi keceriaan dalam persembahan tersebut. Gelagat peminat ini menyanyi dan berjoget di atas pentas mencuit hati ramai.
Tidak itu sahaja, peminat ini juga melentokkan kepalanya di atas bahu DS Siti. Bak komen warganet, peminat ini sangat sempoi, ketawa semua yang melihat telatahnya bersama DS Siti. Ada peminat yang random dan tidak pemalu seperti ini memang akan jadi gempak suasana.
Jom tonton video di bawah :
@zuecoomel Lip Lap Raya dr @Siti Nurhaliza & Sz…. Akak nie mmg betul2 kelakarlah 🤣🤣🤣 random sungguh hahaha… #SimplySitiRayaOpenHouse #simplysiti #sitinurhaliza @SIMPLYSITI
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pertama kali tengok Tokti di overshadow masa persembahan haha.. Kelakar akak ni, baju pun sama warna dengan tokti.. “
” Best ea.. sporting betul akak tu haha. Bukan tokti no syatu.. akak la sebenarnya no syatu tau haha.. terhibur tengok.. untung lah dapat show sekali dengan tokti.. “
” Maap dek. Slalu buat konsert kat rumah penontonnya kucing dek. Apa² pun, AKAK MENANG BESOR HARI NI. ADERRRR.. “
” This is what Sitizoner should do bila diseru ke pentas, all out je, bukan selalu peluang ni dapat ye tak.. haha.. “
” Tokti pun dah terikut step robot haha.. erobik dia hehe.. berkali kali tengok, berdekah jugak aku ketawa.. Semangat.. dapat peluang sekali macam ni pun, dah boleh tido senyum.. “
” Tidur dalam senyum gayanya ni.. siap sandar kepala dekat Tokti lagi.. ni show kakak tu ke show tokti haha.. “
” Baju Pon sama warna dengan tokti… rezeki dapat bersama atas pentas dengan tokti… bantai je akak, janji happy. tak semua orang dapat peluang macam ni.. “
Seronok sungguh wanita ini berjoget, gayanya seperti sudah membuat show sendiri seperti terlupa DS Siti ada bersama. Untung besar wanita ini dapat bermesra dengan DS Siti. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zue Coomel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen