Artis / Selebriti
” Macam lagu Tokti dah, memang best suara Tokti ni. Comel Tokti rap tu.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyi lagu Serumpun bersama tetamu di Simpysiti Raya Open House curi perhatian warganet. Alahai sedap betul suara Tokti ni, lagu Serumpun versi disitinurhalizakan. Part Tokti rap pun padu..
Kemeriahan Syawal diteruskan dengan majlis hari raya terbuka dan syarikat Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Simplysiti juga tidak ketinggalan untuk meraikan pekerja dan pengguna Simplysiti. Bertempat di The Dove KL, majlis ini berjalan dengan meriah dan semua gembira dengan pelbagai persembahan daripada DS Siti sendiri.
Meninjau entry di akaun Tiktok Dr Fyda, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti menyanyi bersama-sama lagu raya Mimifly berjudul Serumpun. Tidak berseorangan, DS Siti turut berpadu suara bersama salah seorang tetamu dan ramai lagi jemputan turut sama berada di atas pentas.
Seperti biasa, apa sahaja lagu artis lain yang DS Siti nyanyikan pasti akan kedengaran seperti lagu DS Siti. Alunan suara DS Siti mendendangkan lagu ini memang seronok didengar. Cukup lunak dan merdunya, sebutan DS Siti sahaja sudah cukup membuai pendengar.

Warganet juga memuji DS Siti menyanyi rap lagu itu. Bagi lah genre apa pun, semua DS Siti boleh ‘tapau’. Suara emas DS Siti boleh membuatkan yang mendengarnya tersenyum sendiri. Beruntung semua yang hadir ke majlis raya Simplysiti dapat menyanyi dan beramah mesra dengan DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
@dr.fyda Tokti nyanyi lagu Serumpun di Simplysiti Raya Open House #ctdk #simplysiti #serumpun
Sejak video ini dikongsikan, ianya telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Gedebak gedebuk pun dah lunak.. Dato Siti pun nak buat semua dalam sampul ke canne.. Satu2 nye yg boleh buat kite tibe2 tersenyum lebar … sampai member tegur kenapa senyum sorang2 mcm tu haaha.. “
” Sakit kan, sedap kan.. uwaaa comel gila lah tokti ni.. tokti nie bagilah lagu apa pun..dia nyanyi mcm lagu dia .. sedap betull.. “
” Comelnya ‘ sakit kan ‘.. tokti ‘ mensitikan’ takde sape boleh lawan eh.. sebut ‘kan’ tu pun comel je haha.. “
” Tokti mengsitinurhalizakan lagi serumpun.. Lagu apa pun kalau tokti yang bawak, memang tersenyum-senyum semua orang dengar.. “
” Macam lagu dia dah hehe.. memang best suara tokti ni.. comel pulak tokti rap tu. Aura Siti Nurhaliza. Different level. sedap betul versi tokti ni.. “
” Terbaik siti bwk lagu ni.. suara lemak merdu tiada tandingan.. dah confuse ni lagu tokti ke eh haha.. tokti buat semua dalam sampul ke tu hehe.. “
” Sakit kan, saya tersenyum sendiri dengar.. comel je tokti nak buat handsign tu haha.. Kalau tokti nyanyi lagu tu bermakna lagu tu memang sedap.. “
Serumpun versi DS Siti yang menghiburkan dan tidak jemu didengar. Pastinya semua tetamu berpuas hati dapat menghadiri majlis ini. Majlis meriah, tuan rumah pun sporting, pastinya menjadi antara open house yang akan selalu diingati oleh semua tetamu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dr Fyda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

