Artis / Selebriti
” Perpisahan yang saya tak sangka akan bawa kebahagiaan lain.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah bercerita mengenai di sebalik tajuk lagu Lebih Indah Berpisah buat ramai teruja. Bersorak penonton bila dengar kata-kata Bella yang seterusnya. Bella kasi hint ke tu, wah tak sabar..
Hari pertama U Mobile Ultra 5G Fest ‘ Cara U Sabah ‘ telah pun berlangsung dengan meriah di Jetty DBKL, Kota Kinabalu. Ramai artis popular yang menjayakan festival ini, antaranya si kecil molek, Bella Astillah. Ramai yang menantikan persembahan Bella dan lebih membanggakan kerana Bella adalah anak jati Sabah.
Meninjau entry di Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella bercerita mengenai lagu single terbarunya, Lebih Indah Berpisah yang mendapat sambutan hangat. Ujar Bella, tajuk asal lagu ini sepatutnya Lebih Baik Berpisah.
Namun Bella memandangnya dari sudut positif dan merasakan perkataan ‘indah’ itu lebih sesuai untuk digunakan. Tambah Bella lagi, dia berfikir, perpisahan ini kita tidak tahu keindahan di sebaliknya yang ditakdirkan oleh Allah. Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Sama seperti kisah realiti hidup Bella, dia sendiri tidak menyangka, perpisahan dan kekecewaan yang dialaminya suatu ketika dahulu, kini diberikan satu nikmat bahagia yang tidak diduga. Bella juga ada memberikan satu gambaran mengenai hala tuju kebahagiaan dirinya untuk tahun 2026 ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah happy for her (BASS).. patutlah mlm smlm sblum fly ke Sabah gi dinner be4.. hehe tq pd yg record moment suap menyuap tu.. “
” Nk Bina family dgn Syed saddiq tahun ni kan.. mestilah indah.. Insha Allah yang baik baik sahaja untuk Bella dan kesayangan.. ramai yang mendoakan kalian berdua.. “
” Alhamdulillah syukur, happy for you Bella Astillah, may all your dream came true, may Allah ease everything for you Bella Astillah. will pray for you Aamin.. “
” Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq Aamiin.. “
” Semakin dekat.. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan bass.. sentiasa doakan yang baik baik buat Syed Saddiq dan Bella.. “
” Inshaa Allah bella…. aamiin smoga 2026 menjadi kenangan manis buat bass.. semoga kebahagiaan milik bass selama nyaa.. “
” Haishhhh tak lamaa dah kee majlisss tu BASS oppsss.. hint Bella sendiri bagi ni.. tak sabar nak tgu majlis Bella dan yb saddiq.. “
Bait-bait kata Bella cukup untuk menggambarkan kedatangan 2026 ini cukup istimewa dalam hidupnya. Mungkin ura-ura majlis Bella dan YB Saddiq semakin hampir itu bakal menjadi kenyataan. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Bella dan semoga Bella mengecapi bahagia yang dicari.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

