Connect with us

Artis / Selebriti

” Perghhh bagai sekelip mata, lajuu g1ler. Wow terbaikkk.. ” – Netizen

Video Behind The Scene Video Muzik Lagu Dato’ Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu Buat Ramai Yang Terpegun. Wow Tukar Baju Dan Props Dalam 13  Saat Sahaja Dalam Satu Take, Hebat Lah !!

Semalam kita dikhabarkan dengan berita gembira mengenai penyanyi tersohor tanahair iaitu Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang kini sedang hamil 4 bulan anak keduanya. Dato’ Siti telah memaklumkan perkara ini di akaun Instagram miliknya untuk berkongsi dengan semua terutama sekali dengan peminat-peminatnya.

Jelas kelihatan baby bump yang sangat comel pada gambar yang dimuatnaik oleh ibu kepada si cilik, Siti Aafiyah Khalid ini. Pastinya perkongsian ini membuatkan ramai yang teruja dan ruangan komen posting berkenaan dibanj1ri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan juga peminat setianya.

Sebelum ini, Dato’ Siti telah melancarkan video muzik lagu terbarunya yang berjudul Kuasa Cintamu. Dato’ Siti sendiri pernah berkongsi sedikit sedutan video gelagat Aafiyah ketika pembikinan video muzik itu dibuat. Pastinya ramai yang terhibur dengan keletah Aafiyah yang begitu mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram denhouseco, telah dikongsikan sedutan video behind the scene video muzik lagu Kuasa Cintamu. Apa yang menariknya, dalam video berkenaan Dato’ Siti menukar pakaian yang dipakainya dan props di belakangnya turut berubah hanya dalam berapa saat sahaja dalam satu take.

( Klik butang KANAN untuk menonton video seterusnya.. )

Perkongsian ini buat netizen kagum dengan usaha dan hasil kerja team yang terlibat dalam pembikinan video muzik ini. Antara komen-komen netizen :

” Guys omg. This is ins4ne.. Wow even the tudung.. How did yall pull this off ?? There must a be tutorial on how to do this.. “

” Part paling merem4ng bulu roma.. The best MV yg dlm M’sia yg pernah akak tonton setakat ni… congrats.. “

” Perrgghhhhh, bagai sekelip mata. Lajuu g1ler, Wow Terrbaikkkkkkkkk.. Dah macam konsert live.. Hebat la.. Siyes la.. “

” Suka sangat music videonyaaaaa.. Love the concept and storyline.. Jadi nostalgia buat karier tokti.. F4ll in love again.. “

” Da tgk nnti tgk balik emosi sikit bila part nak p pertandingan part dato k n afiyah love it. Ya Allah cantinya tok tii ngan afiyah.. “

” Dah tengok, terasa lagu ni dekat di hati.. bestt g1ler. Sudah ulang 4 kali Hahahahah.

” Kisah hidup tokti dr tokti lahir, jadi budak kg, masuk bintang rtm, jadi artis menang byak anugerah, dato k propose, kawin & dpt Aafiyah… MV menarik.. “

Wahhh pastinya ianya satu hasil kerja yang terbaik oleh semua pihak dan krew-krew yang terlibat dalam pembikinan muzik video ini. Kelihatan seperti konsert secara live ataupun video yang telah disunting. Namun hakikatnya adalah hanya dalam satu take sahaja perubahan ini berlaku.

Tahniah kepada semua yang menjayakan video muzik ini. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah sekali lagi buat Dato’ Siti atas berita kehamilan anak kedua yang telah diwar-warkan semalam sehingga menjadi viral. Semoga semua urusan Dato’ Siti sepanjang kehamilan ini dan proses bersalin nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG denhouseco, h0tfm976, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT