” Pasangan sejoli dari kecil sampai besar masih sama-sama.. ” – Netizen

Gambar Terkini Pelakon Kanak-Kanak Siri Strawberry Dan Karipap, Rykarl Iskandar Dan Mia Sara. Alahai Gambar Last Tu Cute Sangat !!

Drama bersiri Strawberry & Karipap yang mula bersiaran pada tahun 2013 cukup sinonim dengan pelakon kanak-kanaknya, Rykarl Iskandar dan Mia Sara Nasuha. Lakonan dan gandingan mereka membuatkan nama mereka semakin mendapat tempat di hati peminat. Kini Rykarl dan Mia sudahpun besar dan di alam remaja.

Meninjau akaun Instagram Rykarl, telah dikongsikan beberapa keping gambar terkini Rykarl dan Mia. Rykarl yang menulis di kapsyennya berkenaan setiap reaksi mereka di setiap gambar. Wah ketinggian Rykarl memang nampak ketara apabila berada di sebelah Mia.

Jika dahulu ketika mereka masih kanak-kanak, nampak Mia lebih tinggi daripada Rykarl, namun tidak lagi sekarang. Pernah beberapa tahun tidak digandingkan, mereka kembali berlakon bersama  di rancangan SMK Musim 2 yang bersiaran di Astro Ceria.

Melihat kepada gambar yang dikongsikan, Rykarl cuba membuatkan dirinya nampak sama tinggi dengan Mia ketika gambar mereka diambil. Alahai dari kecil sampai dewasa, masih tetap rapat Rykarl dan Mia ini. Reaksi wajah masing-masing pun nampak gembira.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Rykarl dan Mia ini menarik perhatianramai lebih-lebih lagi yang mengikuti mereka sejak keduanya masih kanak-kanak. Setelah beberapa tahun, masing-masing telah meningkat dewasa dan tidak ramai yang tahu perkembangan mereka. Antara komen-komen daripada peminat :

” Hahaha comel jeee we wait for strawberry karipap versi remaja. Semoga persahabatan korang hingga ke syurga.. “

” Tak sangka korang dah besar. Dulu tenggok raykarl dan mia Sarah comel je. Sekarang dah cantik dengan hensem.. “

” Kecik sampai sekarang still bersama, berlakon bersama and sekarang still bersamaaa auhhhh. Sweet sangat.. “

” Dating ke oh my god so cute Rykarl dengan Mia. You both so suwit la HAHAHAH. The best duo since 2013.. “

” Sweet dua org nih haha, pasangan sejoli dari kecil sampai besar masih sama-sama. Comel dua-dua.. “

” Eh abang rykarl sweet la dengan miasara. Wow dah tinggi ah rykarl dulu kement0t dari mia.. Cute je haha dari kecik pula tu mcm ni. Arghh sweet betul la korang ni. Gambar last tu sampai camtu Rykarl haha.. “

” Dulu rykarl seket0t-ket0tnya . Now Mia pulak yang rendah. Haha Sweet lh diorang, dari dulu lagi.. “

” Dri kecik smpai besar Dah sntiasa brsama ye. Terbaik lah, korang memang cute. Sweet sweet sweet sangat.. “

Masih tetap utuh persahabatan Rykarl dan Mia ini dan peminat juga suka melihat kemesraan mereka berdua. Rykarl yang dulu tidak sama seperti sekarang, sudah tinggi daripada Mia. Apa pun, semoga Rykarl dan Mia terus success dalam karier dan semakin bersinar dalam dunia seni tanahair.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rykarl Iskandar, IG Mia Sara Nasuha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..