Artis / Selebriti
” Papa malu-malu, dapat pulak Kak Lina yang slumber, memang ngam.. ” – Netizen

Pertama Kali Menonton Konsert Bersama, Gelagat Elly Mazlein Bersama Suaminya, Cikgu Azlan Buat Ramai Terhibur. Alahai Sweet Lah Couple Ni, Papa Pun Layan Je Perangai Gedik Manja Kepom Tu. Comel Sangat !!
Semalam telah berlangsungnya Konsert Exist X Orkestra di Megastar Arena Kuala Lumpur. Konsert ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat termasuklah salah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio iaitu Elly Mazlein atau lebih mesra dengan nama Kak Lina Kepom.
Meninjau akaun Instagram Elly Mazlein, telah dikongsikan video dan gambar Kak Lina bersama suami tercinta, Cikgu Azlan. Kata Kak Lina, ini adalah kali pertama mereka datang ke konsert bersama-sama. Cikgu Azlan pula kali pertama hadir ke konsert seperti ini.
Kak Lina seperti biasa, pasti ada sahaja kata-katanya yang mencuit hati warganet. Menggelarkan Cikgu Azlan sebagai pemenang, celoteh Kak Lina mencuit hati ramai. Sempat lagi Kak Lina membuat drama dan mengusik Cikgu Azlan. Kak Lina juga tidak lokek ‘payung’ lagu Exist.
Suara Kak Lina memang sedap dan lagu kegemaran Kak Lina pastinya lagu Langkah Seiringan. Kata Kak Lina, tak sabar hendak menunggu Exist nyanyikan lagu ini ketika konsert nanti. Cikgu Azlan pula disuruh menyambung nyanyian Kak Lina, malu-malu dan ketawa sahaja.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Setakat ni.. gedik kak ella dgn gedik kaklina je aku leh terima hehe.. kalau yg lain buat gedik camni haishhh mmg minta selipar rasanye
” Bahagia hidup mereka … hidup senang, rezeki murah.. Alhamdulillah Kak Lina memang low profile sgt x suka tunjuk2 husband… mula2 kawin dulu ada tp dah lama x tengok husband tut2 baru dpt tengok skrg.. ”
” Husben kak lina malu2 dpt pulak kak lina yg slumberrr mmg ngamm. X lekang senyum hubby dia dapat isteri kelakar + masuk air haha. love laa kak lina.. ”
” Kepom bukak je mulut berdekah gelak tauuuuu. Lagu langkah seiringan mmg lagu trademark kepom.. Best ah suara lina pom2 lembut je.. ”
” Papa ni pemalu ekk, Kak Lina Pom Pom, macam biasa, bersahaja…. menggelitat tetap nak cakap ekk.. ”
” Papa ni memang pemalu eh, gelak je dia. Kepom mendayu-dayu nyanyi kalau sebelah suami ehh.. Suka suara kak Lina manja jee .. papa pulak malu² anjee.. ”
” Nampak sweet tengok konsert berdua.. aku suka tengok kepom bahagia.. no syatu lah kak lina dengan papa.. ”
Seronok warganet melihat telatah Kak Lina apabila bersama dengan cikgu Azlan. Sesuai sangat lah seorang pemalu dan seorang lagi jenis masuk air dan lawak. Tak henti ketawa lah Cikgu Azlan apabila bersama Kak Lina. Semoga Kak Lina dan Cikgu Azlan berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak