Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya Pak Aji, berdesup lajunya mengaji.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Belajar Mengaji Bersama Pengasuhnya, Kak Teha. Amboi Kemain Laju Lagi Wira Baca Dan Tak Duduk Diam Macam Ulat Bak Kata Mommy !! 

Hasil tinjauan kami di Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya, Ardy Wira sedang belajar mengaji bersama pengasuh khasnya, Kak Teha. Wira yang membaca semua huruf pada flash card yang ditunjukkan Teha bermula daripada huruf Aliff sehingga Ya menarik perhatian ramai.

Wira yang bakal berusia 2 tahun sedikit masa lagi ini sememangnya seorang anak yang ceria dan aktif. Lihat sahaja daripada video ini, walaupun mulut sedang laju menyebut huruf Al-Quran itu, kaki dan badannya tidak henti berg0yang-g0yang.

Bagi pengikut setia Wira, pastinya sering melihat berbagai gelagat Wira yang banyak mulut ini. Selain itu, Wira turut suka membaca dan meminati karton Thomas and Friends. Malah Wira sudah menghafal semua nama dalam siri kegemaran kanak-kanak ini.

Wira juga mempunyai ramai peminat semenjak Wira masih bayi lagi. Suka mengukir senyum seperti mommy nya, Wira sehingga kini mempunyai 195 ribu pengikut. Banyak telatahnya yang menjadi kesukaan peminat terutamanya ketika Wira berada di dapur membuat tutorial memasak bersama Betty.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Di akaun Instagram Ardy Wira juga ada dimuatnaik video sesi pembelajaran itu. Alahai comelnya Haji kecil ini mengaji. Pandai Kak Teha ajar Wira.

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Gelagat Wira mengaji bersama Kak Teha ini menarik respon peminat. Comel sahaja mendengar Wira menyebut setiap huruf tu, laju pulak tu. Antara komen-komen mereka :

” Masya Allah, pandai Wira. Laju je nak lam Aliff. So cute anak soleh ni. Alhamdulillah baru umur setahun dah sebegini bijak, genius sangat.. “

” Alhamdulillah, pandainya. Clever boy Wira, bijak IQ tinggi ni. Semoga menjadi anak yang soleh, aaminn.. “

” Masya Allah, U’re amazing boy. Good boy Wira, pandai Ustaz Wira ni. Cara seorang hafidz, Insha Allah.. “

” Hehehe macam ulat cempedak ye wira. pandaiii sangat dia ni. Sukala cikgu cam gini multitasking. Sambil mengaji sambil exercise ke tu Wira hehe. Alhamdullilah anak yg baik ni. My ameng.. “

” Lam alip tu ulang banyak kali tu tak sabar nak hab1s ngaji awal yaaaa… comelnya laaahai awak ni Wira.. “

” Tak terkejar cikgu nak alih kad. Pandai sungguh la wira ni. ank sy muda 2 bln je. Advance betoi la wira anak soleh.. “

” Pandainya pak aji, bdesup lajunya mngaji hahahah. semoga wira jadi anak soleh utk parent wira, bijak dlm menuntut ilmu dunia akhirat.. “

Alhamdulillah, permulaan yang baik untuk usia Wira yang baru setahun jagung ini. Didikan dan asuhan yang baik semuanya bermula daripada rumah. Semoga minat Wira untuk belajar berkekalan sehingga dewasa dan Wira akan menjadi anak kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad, IG Ardy wira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan.. 

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT