Artis / Selebriti
” Pandai Ibu berlakon, bersahaja sangat lakonannya tu.. ” – Komen Netizen

Video lakonan Fattah Amin bersama ibunya, Puan Azizah untuk iklan produk tudung raih pujian ramai. Wah tak sangka rupa-rupanya ibu Fattah ada bakat terpendam. Boleh jadi pelakon lah, comel sangat, lemah lembut je suara..
Hari demi hari, semakin banyak tawaran kerja yang ditawarkan kepada Fattah. Ada yang cuma melibatkan Fattah seorang dan ada juga yang turut melibatkan ibunya, Puan Azizah Abdul Ghani. Sebelum ini, Fattah dan ibu pernah berlakon bersama untuk iklan produk telekung.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah kembali berlakon bersama ibu. Kali ini untuk produk tudung yang cuma tertera sebagai TA. Dengan kapsyen tertulis ‘ kasih sayang tidak akan putus’ , ianya meraih perhatian warganet.
Video perkongsian ini merupakan part 1 yang mana memaparkan Fattah menunggu ibunya yang sedang bersiap. Setelah ibu datang, Fattah menegur ibu yang memakai tudung yang sama setiap kali ingin keluar. Selepas itu bermula lah babak lakonan ibu sendirian.
Lontaran suara dan mimik muka yang ibu Fattah tunjukkan mendapat pujian warganet. Patut lah Fattah pandai berlakon, ibunya pun boleh tahan lakonannya. Walaupun berlakon, tetapi ada nasihat yang ibu sampaikan dalam setiap dialognya itu. Komen warganet, sejuk hati memandang ibu Fattah yang lemah lembut itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pandai Ibu berlakon, sejuk tengok ibu ni. bersahaja sangat lakonannya tu. lmbt ehhh nk tggu part 2.. tak sabarrrrrr.. “
” Okay dh tahu bakat seni Fattah dari mana. Ibu.. tak kekok la ibu. harap dapat tgk ibu berlakon dgn Fattah lps ni.. semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah.. “
” MasyaAllah terbaik ibu. Terselit nasihat halus di sebalik lakonan.. Ibuuuuu Azizah , pandai nya berlakon congrats.. lps ni uncle pulak.. “
” MasyaAllah, ibuuu ada bakat lah.. siapa nak hire ibu berlakon boleh DM kita.. hehe gurau je.. suka tengok ibu berlakon.. “
” Part Ibu menangis tu menjadi la.. Ibu ada bakat terpendam rupanyer hehe.. Wajah ibu Fatah seiras rupa daughter Fatah.. “
” Daddy dan nenda Fatima.. doa yang baik-baik sahaja.. pandai ek ibu Azizah berlakon.. ibu dah jadi artis lah hehe.. “
” Tak mustahil ibu akan jadi pelakon nanti abglong Fattah.. suka tengok ibu Fattah, lembut wajah senyum je.. “
Santai dan bersahaja lakonan ibu Fattah dan ianya disukai oleh semua yang menonton video ini. Andainya ada tawaran lakonan untuk ibu dan Fattah berlakon bersama, tentu gempak. Ramai yang tak sabar hendak menonton part 2, cepat sikit upload sambungannya Bamtah, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen