Artis / Selebriti
” Oii pocot mak engkau.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin melatah sebelum mengakhiri sesi live bersama Adira Suhaimi, Bella Park dan Emma Safuan buat warganet terhibur. Mula-mula Adira melatah dulu. Sekali Fattah pun join melatah sama. Kaki latah juga rupanya Bamtah ni, haha..
Kolaborasi Fattah Amin dan Adira Suhaimi bersama produk kecantikan, Elegant Cosmetic menarik ramai warganet untuk menonton sesi live bersama mereka. Semalam telah bersiaran langsung Fattah bersama Adira dan 2 orang tiktokers famous, Bella Park dan Emma Safuan.
Pelbagai ragam dan jenaka dapat dilihat sepanjang sesi live ini berlangsung. Fattah agak lawak juga orangnya dan kelakarnya itu spontan sahaja. Memang meriah apabila digabungkan 4 figura ini bersama, kecoh dengan celoteh dan penuh dengan gelak ketawa.
Meninjau akaun Tiktok PAQ 2023, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah, Adira, Bella dan Emma ketika ingin mengakhiri sesi live mereka. Fattah mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua viewers terutamanya yang membeli produk jualan mereka pada malam itu.

Semua kelihatan gembira kerana dapat menghabiskan tugasan mereka dengan baik pada sesi live kali ini. Mereka berempat melambai-lambaikan tangan kepada viewers dan meminta semua untuk screenshot gambar mereka berempat sebagai kenang kenangan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@paq2023 #fattahamin #fattah #adira #bella #bellapark #Bella Park Hq. #elegant #malaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fazurafans
Bella dan Emma sempat membuat majuk challenge sebelum keluar dari skrin meninggalkan Adira dan Fattah. Ketika ingin bangun, Adira terlanggar sesuatu di atas meja dan terkeluar melatahnya. Tak semena-mena juga Fattah boleh melatah sama. Alahai kaki latah juga Fattah rupanya.

Sempat Adira menyebut kambing dan Fattah menyambung tidak menjual kambing kali ini. Macam-macam hal betul tetapi ianya menghiburkan semua penonton. Semoga Fattah terus ceria begini dan semakin bersemangat untuk live bersama-sama viewers setianya pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok PAQ 2023
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal

