Artis / Selebriti
” Nyanyian ini bukan bayangmu, ibu. Talita bukan lah menjadi seperti ibu.. ” – Makder
Video Thalita sedang berlatih menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin buat ramai tersentuh. Sebaknya baca kapsyen yang Makder tulis tentang Thalita..
Meninjau ke akaun Instagram Suciuwais, perkongsian sebuah video yang memaparkan Thalita sedang menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin telah meraih perhatian ramai. Thalita menyanyikan lagu berjudul Tinggalkan Diriku.
Sebelum ini ramai yang menyatakan Thalita memiliki aura Siti Sarah kerana vokalnya hampir sama dengan suara nyanyian ibunya. Apabila mendengar Thalita menyanyi seolah-olah seperti suara arwah ibunya yang menyanyi dan ia mengubati kerinduan ramai peminat.
Namun begitu, Thalita bukanlah hendak meniru seperti ibunya tetapi ia merupakan anugerah yang diwarisi daripada ibunya. Tiada siapa yang mampu menggantikan arwah Siti Sarah termasuklah Thalita. Thalita mempunyai bakatnya yang tersendiri.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sekadar info, Thalita bakal beraksi di konsert Grand Finale Talk To My Manager pada hari Ahad ini yang membariskan enam orang peserta kesemuanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Thalita menyanyi dgn caranya yg tersendiri. rasanya tidak perlu disamakan atau dibandingkan dgn arwah ibunya yg bnyk pengalaman.. “
” Thalita masih muda dan terlalu mentah dgn dunia hiburan. bg Thalita ruang dan masa. InsyaAllah dgn pendedahan yg diberi Thalita pasti berjaya.. “
” Dekta ingat tau. you always number 1 in our heart jika rezeki bukan milik dektaa sekalipun tapi kita support you utk grow.. “
” Perjalanan masih panjangg lots of improvement dr dulu ! thankyou astro bg peluang dkt dia walaupun ramai tinggal kan komen yg tak baik. grow healthy fly high love.. “
” Bayangan Arwah Sangat Dekta Ni .. Flyhigh Dekta . Good luck Thalita. You’re going to be the next Lagend, yourself/ your name/ your life. Happy for you. Congratulations Memang ibu mu Bangga.. “
” All the best dekta semoga dekta dapat capai apa yang diinginkan Aamiin.. Fly high Sayang dekta, jadikan kata2 pedas, sindiran, makian org di luar tu sebagai pemangkin semangat Dekta… “
” Kalau arwah ibu ada lagi tentu dia dah bahagia.. Taaa, jangan baca komen netizen ye ta! Semoga u juara.. Sedapnya suara awak Dekta thalita_shuib . Terus menyinar ok ! “
Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, legasi kasih dan bakatnya terus hidup dalam diri Thalita. Dan mungkin, itulah keindahan sebenar antara ibu dan anak. Hubungan yang tidak pernah terputus, walaupun terpisah oleh dua dunia yang berbeza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

