Artis / Selebriti
” Ni bukan kategori rosak dah ni. Ni dah kena rasuk. Penyanyi ori tu woii.. ” – Beto Kusyairi

Video Ammar Titan Menyanyi Lagu Di Pintu Syurga Bersama Dayang Nurfaizah Buat Ramai Terhibur. Adoi Macam Tu Je Ammar Gula-Gulakan Dayang Part Last Tu. Confuse Dayang Dibuatnya, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti Azizul Ammar atau Ammar Titan di akaun Instagram pasti mengetahui yang Ammar sering memuatnaik video-video dirinya menyanyi. Namun apa yang mencuit hati adalah Ammar suka menyambung lagu- lagu yang dinyanyinya itu ke lagu yang lain.
Sebelum ini, pelakon Beto Kusyairi menjadi ‘mangsa’ Ammar ketika menyanyi lagu kumpulan Wings. Namun pada kali ini pula, Ammar telah mengajak penyanyi Dayang Nurfaizah menyanyi lagu Dayang sendiri yang bertajuk ‘ Di Pintu Syurga’ .
Pada awal video, kedengaran Ammar dan Dayang menyanyi dengan penuh penghayatan. Namun di hujung video, sekali lagi Ammar menukar lirik itu kepada lagu yang lain sehingga membuatkan Dayang yang sedang menyanyi memberikan reaksi terkejut. Namun begitu, Dayang turut mengikut Ammar menyanyi meskipun lagu dan lirik sudah bertukar.
Merasakan ada yang tidak kena, Dayang berkata kepada Ammar agar tidak main-main dengannya kerana lagu tersebut adalah lagunya sendiri. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video nyanyian Ammar bersama Dayang. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Woii.. Woi.. Ni bukan kategori rosak dah ni. Ni dah kena rasuk.. Penyanyi ori tu woii.. ” – Beto Kusyairi
” Habis Dayang pun konfius sekali. Comel tengok muka Dayang terkejot, haha.. Main kasar betul lah kau Ammar, dengan penyanyi ori lagu kot, haha.. “
” Kalau next Dayang on stage nyanyi tersalah macam ni.. Aku blame Ammar, hahaha.. Ada sapa2 tolong ikatkan Ammar ni dekat pokok, haha.. “
” I Dayang jugak tau.. I nak cakap, jangan confusekan Dayang2 kat Malaysia dengan lagu Dayang. Pernah tengok orang kena chubet ramai2 dak, hehehe.. “
” Sampai penyanyi lagu sendiri pun confused hehh.. Kau dah rosakan ramai orang lah Ammar, kesian Dayang, hahaha.. Hbis kena dengan kau.. “
” Punca lah kau Ammar, sampai ke pintu gerbang kau bawa Dayang eh. Hahaha.. Habis dia sesatkan Dayang sekali.. Naik pening betul.. “
” Dayang pls lah jangan terjerat dengan budak Ammar ni, nanti makin jauh tersesat Dayang.. Bukan sahaja sesat, terus rosak, hahaa.. “
” Kau punye ehhh tu.. Ger4m pulak aku.. Menjadi2 betul kan suka hati dia je tukar lirik lagu, hahahaa.. Berani pula tu depan penyanyi asal.. “
Berani betul Ammar membuat ‘onar’ di hadapan pemilik lagu asal lagu ini yer. Agak-agaknya siapa pula akan menjadi ‘mangsa’ Ammar selepas ini. Apa-apa pun perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan dan content sahaja. Semoga anda semua turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG armadaammar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen