Artis / Selebriti
” Dayang tak tahu lagu trend, boleh dia jawab ‘ye suka kopi’. Padahal lagu pickup line, haha…. ” – Komen Netizen
Video Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ketika mendengar lagu Kopi buat ramai terhibur. Awal-awal tu Dayang macam tak faham, sampai baran Dayang dibuatnya. Nasib baik last-last tu Dayang faham, gelak besar Dayang bila tahu, haha..
Penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sering mencuri tumpuan warganet. Ada yang mengatakan mereka berdua ini menjalinkan hubungan cinta sudah lama. Namun begitu, sehingga sekarang Hael mahupun Dayang masih mengunci mulut berkongsi mengenai hal tersebut kepada umum.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok mulik tashapeshapejetu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hael dan Dayang. Menerusi video itu kelihatan pasangan ini sedang mendengar video lagu yang menjadi trend sekarang iaitu Kopi nyanyian oleh Nazu dan Fahimi.
Pada awalnya, Dayang seperti tidak memahami maksud lirik lagu tersebut ketika melihatnya di paparan telefon Hael. Kelihatan Hael turut menyanyi lagu tersebut. Setelah diulang sekali lagi, baru Dayang memahami lirik lagu tersebut mempunyai pickup line.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat gaya Dayang yang ‘blur’ dan tidak faham akan lirik lagu tersebut. Tulis warganet lagi, ternyata Dayang seorang yang tidak tahu lagu trend terkini mungkin kerana Dayang jarang melayani media sosial.
Tonton video di bawah ini :
@tashapeshapejetu Replying to @Lady_Driver|Farra De Lya maaf sakap kiter boleh share dgn kakak dayang jurr okbaii lariiii🤣🤪 #haelhusaini #dayangnurfaizah
Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah Dayang dan Hael serta menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dayang tak tahu lagu trend, ni mesti jarang layan socmed. Nasib last last tahu juga, cute lah couple ni, haha.. Kita plk senyum tengok.. “
” Oh patut la baran. Membe lambat rupanya.. Last2 baru Kak Dayang faham ye.. Comel je perangai tu, hahahaa.. Sabor jalh.. “
” Selain BASS… Dua ni pun kito nk tgk sampai ke jinjang pelamin tau.. Nampak sama padan, serasi bersama.. Semoga semuanya dipermudahkan.. “
” Boleh dia jawab ye.. Suka kopi.. Pdahal lgu pickup line, hahha.. Dayang & blur tak boleh berpisah.. Nasib comel tau.. “
” Garu2 kepala, belum dia belai2 telinga dia lagi, ahaha.. Dia punya blur tu comel betul, nampak sangat dia tahu lagu tu.. “
” Waktu Dayang baran dorg nampak cute.. Nampak Hael ni pandai pujuk lah kalau Dayang merajuk.. Hehe cute sangat.. “
” Dayang ni kalau dah dia kenal, dia akan rapat dan mesra.. Pernah jumpa Dayang depan2 , cantik sangat.. Skin mulus gil4.. “
Alahai tak pernah tak comel pasangan ini, Selain itu, para peminat Dayang mahupun Hael turut mendoakan agar mereka berdua ini akan mendirikan rumah tangga nanti. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Andai ada jodoh mereka, semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tashapeshapejetu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


