Artis / Selebriti
” Amboi Hael, pandangan tu lain macam yer, hehe.. ” – Komen Netizen

Video Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sedang reheasal menyanyi buat peminat teruja. Wah ramai yang cari tengok Hael pandang Dayang macam tu. Sweet sangat ni..
Sebelum ini, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dikatakan mempunyai hubungan istimewa kerana mereka dilihat seperti sedang dilamun cinta. Banyak perkongsian mengenai Hael dan Dayang viral di media sosial. Selepas itu kisah ‘cinta’ mereka menjadi senyap kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.
Namun baru-baru ini, ada desas desus berita mengatakan Dayang dan Hael bakal menamatkan zaman bujang mereka. Meskipun Hael dan Dayang memberikan jawapan seperti ‘tergantung’ , para peminat mereka begitu teruja dan berharap mereka berdua akan mendirikan rumahtangga bersama.
Meninjau di akaun Instagram milik Radio Televisyen Malaysia (RTM), telah dikongsikan video yang memaparkan Hael dan Dayang sedang reheasal menyanyi. Difahamkan reheasal ini untuk konsert Dayang Nurfaizah & Friends tidak lama lagi.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan melihat cara Hael memandang Dayang ketika menyanyi seperti orang sedang dilamun bercinta. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 400 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@radiotelevisyenmalaysia Akan datang… Dayang Nurfaizah & Friends 🥰 Selain Hael Husaini ada lagi seorang akan bersama Dayang. Nanti malam ni min ‘spill’ siapa.
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amboi Hael, pandangan tu lain macam yer, hehe.. Tanda lelaki suka pada seseorang adalah dia akan angkat kening tanpa dia sedar.. “
” Lelaki kebykkn nye akn tunjuk klu dye suka kt perempuan tu melainkn yg jenis pemalu. Smg berjodoh korang . Aamiin.. “
” Dengan saya saya pun cair ni min.. Alahaiiii… Nampak lah Hael sebenarnya sayang sangat dengan Dayang, cara pandangan tu.. “
” You’re just too good to be true, Can’t take my eyes off you … I love you, Baby, and if it’s quite alright, I need you Baby … “
” Banyak kali ulang, suka tgk mereka bedua hael dan Dayang. Sweet sangat lah mereka.. Moga perjodohan lah Dayang dan Hael.. “
” Min tunjuk side Hael je yg tgk Dayang.. Cer tunjuk side Dayang tgk Hael, mesti lg cair.. Hahaha kita yang tengok pun cair ni.. “
” Aku yakin sangat2 dorang dua ni ada hubungan.. Haeyang couple.. Cuma mungkin dorang ni nk privasi kan.. Kita dokakan yang baik2.. “
Apa-apa pun, kita sama-sama mendoakan yang baik-baik buat Hael dan Dayang. Andai mereka ada jodoh bersama, semoga semuanya dipermudahkan semua urusan mereka. Jika tiada jodoh antara mereka, pastinya mereka akan terus menjadi sahabat baik selamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok radiotelevisyenmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral1 day ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral3 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S