Artis / Selebriti
” Jarang lelaki badan sasa boleh masak. Mantap lah Dato Awie.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Dato’ Awie sedang memasak di dapur ditemani oleh anak-anaknya raih perhatian ramai. Wah anak request, terus Dato’ Awie masak. Comel Kaseh malu-malu bila wajahnya dirakam..
Meninjau di akaun TikTok milik awiewinggsss, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyanyi rock, Dato’ Awie sedang memasak. Menerusi video itu, Dato’ Awie berada di ruangan dapur rumah dan memasak satu juadah isitimewa untuk keluarga.
Kedengaran Dato’ Awie ada berkata masakan itu adalah permintaan daripada anak perempuannya bernama Qasseh. Video tersebut juga turut merakamkan telatah Qasseh yang setia menunggu ayahnya memasak dan tersenyum malu ketika wajahnya dirakam.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian peminat Dato’ Awie. Ramai yang menyifatkan Dato’ Awie seorang ayah yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya. Komen peminat lagi, masakan yang dimasak oleh Dato’ Awie nampak sangat menyelerakan.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah ditonton ratusan ribu tontonan dan mendapat ratusan komen serta belasan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, happy betul wajah kasih dapat makan masakan air tangan daddynya.
Tonton video di bawah ini :
@awiewinggsss
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” So cute tengok Dato’ Awie layan anak-anak dara dia. Jarang² lelaki badan sasa blh masak.. Mantap lah Dato Awie. Mesti sedap.. “
” Husin2. sejak koje di singapore nie pandey benor kamu beraksi di dapor yer. Ate handey benor kamu sinnn, hehe.. Mantap lah.. “
” Jarang² lelaki badan sasa blh masak.. Mantap lah Dato Awie.. Seronok tengok keluarga Dato, Alhamdullah bahagia selalu.. “
” Alhamdulillah… Rajin nya… Mesti sedap masakan Dato’ ni.. Orang lelaki kalau sekali masak memang sedap dari isteri, hehe.. “
” Anak2 Dato Awie nak bermanja dngan daddy dorang lah tu.. Seronok kalau ada ayah yang masakam anak2.. Dato memang terbaik lah.. “
” Seorang ayah yang penyayang.. Walaupun muka tu garang, nampak penuh rasa sayang ayah kepada anak2.. Mesti sedap tu.. “
” Masak apa tu, cantik anak dara Dato’.. Semua mesti tak sabar tunggu nak makan masakan daddy dorang kan.. Hehe bestnya.. “
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Jelas kelihatan betapa manjanya anak-anak dengan Dato’ Awie. Semoga kasih sayang ini terus kekal hingga ke syurga. Untuk sekadar info, Putri Qasseh Antasha merupakan puteri hasil perkongsian hidup Dato’ Awie bersama bekas isterinya, Rozana Misbun.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok awiewinggsss
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

