Artis / Selebriti
” Nasib tak tercekik Kak Long, spontan betul Abang Long ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin mengatakan suka orang Johor buat ramai terhibur. Amboi Abang Long, tak berselindung dah sekarang ni. Sampai terkejut Founder Rissa Skin, Maam Syaheraa dengar. Nasib lah Amira tak tersembur tengah makan tu, haha..
Rissa Skin tampil dengan travelog sempena kempen Jom Jalan Rissa Skin x FattMira. Destinasi pertama adalah ke negeri kelahiran Amira, Johor. Pada part 1 travelog yang dikongsikan sebelum ini, Amira membawa Fattah dan pengasas Rissa ke sebuah restoran.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fattahamiraa, telah dikongsikan scene ketika Amira, Fattah dan Madam Syaheraa sedang menjamu selera di restoran tersebut. Pelbagai menu menarik disajikan untuk mereka dan semuanya adalah makanan istimewa negeri Johor.
Sambil menikmati makanan, mereka berbual dan Fattah memberitahu dia suka semua makanan Johor. Amira pula membalas sekiranya Fattah suka makanan Johor, dia perlu lah selalu datang ke Johor. Jawapan yang diberikan oleh Fattah selepas itu membuatkan Madam Syaheraa terkejut.

Amira yang sedang makan juga terkejut mendengar jawapan Fattah. Memetik komen warganet, nasib baik tidak tercekik Amira makan dek kerana ayat Fattah itu. Sekarang Fattah tidak lagi berselindung dan lebih terbuka bercakap mengenai isi hatinya kepada umum.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamiraa amboi fattah amin🤣🫠😣🫵🏻 #fattahamin #amiraothman #fyp #foryoupage #foryou #trending #rissaskin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia macam , maleh dah nak sorok sorok, direct je terus. Orang nak kata apa kata la. Benda tak lama lagi nak kawin dah.. “
” Nasib tak tercekik kak long haha, spontan betul abang long ni.. oo kalau YB Bella suka orang muar, yang ni pulak suka orang johor.. Faham.. “
” Nasib tak tersembur makanan Kak Long… sekarang dah tak sorok-sorok Abang Long direct luah apa yang ada dalam hati.. “
” Kus semangat, nasib tak tercekik Amira haha.. Dah tak boleh filter Fattah ek haha.. ada makna cakap tu.. maam pun sampai terkejut yer.. “
” Nasib tak tersembur kak long tengah makan.. maam pun terkejut, kak long apatah lagi.. meminta ek bang long.. ni memang jujur terus.. “
” Kemain abang long ye.. dengan aku blushing tau dengar ayat Fattah ni. Kak Long sabar sabar, nk kena sumbat bang long masuk store.. “
” Amboi amboiii biasheee dia ni.. kelakar lah Fattah.. terlebih terus terang kali ni.. muka mira terkejut tu lucu betul.. “
Sesekali terkeluar ayat jujur Fattah, boleh bersorak gembira para peminat FattMira. Ini tentu luar dari skrip sampaikan Amira dan Madam Syaheraa pun terkejut sama. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah dan Amira. Jika ada jodoh bersama, pasti ramai yang gembira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattahamiraa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

