Artis / Selebriti
” Nasib baik betul terlorong nasi ke mulut. Bagus Watie ni, suka cara dia layan anak-anak.. ” – Komen Netizen

Video Watie Hanifiah Menyuap Makanan Ke Mulut Uwais Alqarni Di Sebuah Majlis Buat Warganet Tersentuh. Wah, Multitasking Sungguh Watie Ni. Sambil Berbual Sambil Suap Anak Makan. Sampai Muncung-Muncung Mulut Uwais Tunggu Mummy Suap, Haha !!
Cara layanan Watie Hanifiah terhadap empat orang anak tirinya sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Watie dilihat sangat ikhlas melayan dan menjaga anak-anak Shuib Sepahtu tidak kira di mana sahaja. Terbaru sebuah video yang memaparkan Watie menyuapkan makanan kepada Uwais Alqarni telah mencuri perhatian ramai.
Video tersebut dirakamkan ketika mereka berada dalam sebuah majlis dan apa yang menghiburkan ialah gelagat Watie yang menyuap Uwais sambil berbual. Sememangnya gelagat mak-mak sangat apabila bertemu kawan-kawan tambahan pula jika kawan yang sudah lama tidak bertemu.
Nampak begitu rancak Watie berbual sehinggakan Uwais terpaksa bersabar menunggu makanan disuapkan ke dalam mulutnya. Apa yang menghiburkan apabila Uwais berwajah muncung apabila mummy lambat menyuapkan makanan. Bersabarlah Uwais, hehe.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji cara Watie melayan anak-anak tirinya. Patutlah anak-anak manja dengan mummy, makan pun nak mummy suapkan.
Jom tonton video di bawah :
@watiehanifiah Hahahaha…tanpa Mummy sedar…Mummy pun tersuka video ni😂 Jadi post sini 1x🥰 Gitu lahhhh mak2 kannnn bila dapat me time tapi dlm masa yg sama anak ada sebelah…so mulut dgn tangan sama naik🤣
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Uwais.. klu acikla lan, better suap sdri,xkenyg acik klu mkn suap astu 5mnit bru dpt 1suapan g,comel je awak n mummy watie.. “
” Igt dulu arwah mak suap 1 gengam tangan dia tu di sumbat kt mulut.mmg 1 suap terus kenyang . Tak sempat hadam da suap suapan ke 2 n seterusnya.suapan mak shedapp taw.rindu.. “
” Rezeki shuib Dan anak2.. dapat suri hati yg ikhlas hati Dan ibu penyayang layan ank shuib mcm ank kandung sndri. tingktan 1 dah uwais p ambik pinggan.. “
” Puas hati suap ank beso penumbuk cmtu ank saya pun Sama ckup 5 penumbuk surrender da.. mcm ni pun org dok kata dya mcm2… mak tiri mcm ni alhamdulillah.. “
” Nasib baik btul terlorong nasi ke mulut.. Bgs watie ni suka cara diA layan ank2. Bukan sng nk dpt mak tiri mcm ni. biase la mak2 ni..ble dh jpe kwn.. “
” Wati ni perwatakn mak2 sgt..wlwpn blm ade ank lg.hppy tgok ank2.dpt mak tri baik mcmni. baiknye die jge ank arwah.. “
” Sampai dah muncung dh abg tu nk suruh mk suap kn.. sabo jela uwais, mak kau tengah cite pasal drama pukul 7 tu.. “
Ramai yang suka melihat cara Watie melayan anak-anak tirinya seperti anak kandung sendiri. Watie juga tidak nampak kekok melayan anak-anak walaupun masih belum dikurniakan anak sendiri. Anak-anak juga sangat rapat dengannya. Semoga keluarga ini terus bahagia hingga ke syurga. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watiehanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen