Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni rumah ke mall, luas betul. Balkoni dia je 2 bilik rumah aku.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Vida Berbincang Dengan Anak Terunanya, Kacak Untuk Membuat Bilik Baru Kacak. Fuh Besar Betul Rumah DSV, Dah Macam Hotel 5 Bintang. Setingkat Hanya Untuk Bilik Kacak Saja, Bukan Kaleng-Kaleng Weh !!

Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida memiliki kekayaaan yang banyak dan antara jutawan terkenal Malaysia. Kediaman DS Vida juga mempunyai keluasan yang luas dan rumah agamnya besar serta tersergam indah. DS Vida juga sering memberikan yang terbaik untuk keselesaan anak-anaknya, Cik B dan Kacak.

Meninjau akaun Tiktok Kacak Kingdom, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kacak sedang berbincang sesuatu bersama mamanya. DS Vida membawa Kacak naik ke tingkat 3 rumah mereka dan mengatakan dia ingin membuat bilik baru untuk Kacak.

Memandangkan tingkat 3 itu sangat jarang ada orang yang masuk, DS Vida ingin Kacak berpindah ke tingkat itu. Dapat dilihat, level itu menempatkan pelbagai kelengkapan gym dan turut terdapat bilik karaoke. Persekitaran luar juga kelihatan cantik dengan pemandangan pokok-pokok.

Kacak anak yang selalu menurut kata mamanya ini dan mengiyakan sahaja semua yang mama rancangkan. Sepertinya dalam fikiran DS Vida sudah ada gambaran bagaimana susun atur bilik Kacak ini. Besar lah bilik Kacak nanti, keluasannya satu tingkat.

Jom tonton video di bawah :

@kacak.kingdom

Mama nak buat bilik baru untuk kacak? Korang rasa perlu ke πŸ˜… #kacakdsv #datoserivida #masukberandafyp #fyp #foryoupage❀️❀️

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kacak ni jenis simple sebenarnya.. dia selalu cakap mana-mana pun ok jer.. bagus eh kacak nih.. ”

” Diorang yang plan, aku yang happy.. seronoknya jadi orang kaya.. Bilik Ank laki biar besar nnt nk bawak masuk bini senang.. bini selese walau pun dok serumah gn mertue.. ”

” Ni rumah ke mall, luas betul. Satu tingkat tu Kacak punya, wow lucky betul.. dsv ni memang mak terbaik lah.. ”

” Muka dato vida bila kacak bg idea buat 2 tingkat bilik… mcm eh betul jgk eh.. daripada tak nak tak nak, nak tambah pulak tingkat atas haha.. ”

” Lucky u bro. Aku nk beli barang reload meniaga pon pening.. Alhamdulilah dapat mak yang penyayang dan kaya raya. rezeki Allah bagi.. ”

” Kacak nie humble. Dia selalu ikut je ape plan mama dia. Dia xkesah pun mama dia plan ape untuk dia. Dia okay je.. ”

” Balkoni dia saje 2 bilik rumah aku.. Besar betul la hai rumah, macam istana weh.. kacak ada buat house tour ke . teringin nk masuk rumh org kaya. kita hdp sewa rumah org jer.. ”

Ini baru tingkat 3 yang dikongsikan kepada umum. Kalau dapat melihat keseluruhan rumah DS Vida ini tentu ramai yang terpegun melihat kemewahan rumah DS Vida. Apa-apa pun, beruntung Kacak kerana bakal mendapat bilik baru. Boleh lah Kacak kongsi video room tour pula apabila siap nanti.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Kacak Kingdom

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT