Artis / Selebriti
” Nangis saya tengok, sayang betul dia kat Cik B. Tak henti-henti peluk Cik B.. ” – Komen Netizen
Video peminat cilik Cik B, Adik Dafia membuat kejutan datang bertemu dengan Cik B buat ramai tersentuh. Sebak sangat tengok Dafia peluk Cik B berkali-kali. Cik B macam nak menangis sebab tak sangka Adik Dafia datang cari dia, tunggu Cik B sampai 3 hari..
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan anak usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B menyantuni peminat ciliknya yang dikenali sebagai Adik Dafia ketika menghadiri Food Festival anjuran Cik B sendiri yang berlangsung di Ipoh. Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warganet dan menerima pelbagai reaksi positif.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun TikTok milik ibu Adik Dafia, satu video lain telah dimuatnaik yang memaparkan detik istimewa apabila Adik Dafia membuat kejutan kepada Cik B. Difahamkan, Adik Dafia sanggup hadir ke Food Festival di Kuala Lumpur tersebut semata-mata untuk bertemu dengan Cik B.
Menurut perkongsian ibunya, Adik Dafia telah menunggu selama tiga hari demi menantikan kehadiran Cik B di festival berkenaan kerana ingin merealisasikan kejutan istimewa tersebut. Pertemuan empat mata antara mereka berdua itu mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang tersentuh melihat keikhlasan serta kasih sayang Adik Dafia.

Reaksi Cik B ketika bertemu dengan Adik Dafia turut mencuri perhatian apabila Cik B kelihatan begitu terkejut dan terharu. Cik B juga meluahkan rasa seolah-olah sedang bermimpi apabila melihat Adik Dafia datang khas untuk menemuinya sebelum mereka dilihat saling berpelukan penuh erat.
Tonton video di bawah ini :
@lovelydelisha66 Semalam Berakhir jua penantian 3 hari bersamaan 25 jam Dafia’ berkampung di event foodfest kak nab menunggu cikb dia sampai.. ☺ 7 jam berpanas kami duduk di tangga belakang booth Holla hub by @cikb_havoc66 gara2 dia nak sembunyi nak buat kejutan.. 🥺 Laju airmata mama mengalir semalam sebab penantian Dafia dah berakhir.. Usaha dia nak buat surprise, struggle die nak jumpa CikB dia tu, memang tak sangka senekad ni.. Macam2 rasa ada semalam, Macam rasa huh hilang semua beban yang dipikul.. 🥰 #cikbhavoc #cikb #spreadhappiness #spreadlove #masukberanda
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kasih sayang yang ikhlas, sebab budak-budak tak pandai nak menipu.. Sanggup dtg KL semata2 nk jumpa Cik B… Cik B pun mmg suka bdk2… Cik B ank mama yg hebat.. “
” Semoga cikb dan adik dafia sehat2 hendaknya serta dimurahkan rezeki juga hendaknya.. Semoga cikb terus sukses.. Aamiin.. “
” Aku suka tgk cara didikan DSV Dan DAS mengajar anak2 mereka.. Walaupun mereka kaya raya tp penuh budi bahasa.. Terbaik Cik B.. “
” Dafia trlalu syg kt cikB.. Nmpk sgt CikB buat lah Dafia adik angkat.. Dia nk ksh syg ,jaga perasaan ank kecil itu.. Spenuh hti.. “
” Bagus sgt cikb menyantuni kanak2, jauh dia dtg disambut & dihargai.. Terbaik didikan dato vida, rendah diri btul cikb tak sombong.. “
” Nangis saya tengok.. Allahu.. Humble Cik B dan penuh kasih sayang, terus gini yeh.. Sayang btl dia kat Cik b .. “
” Tak henti2 dia peluk cik b.. Jatuh airmata acik tgk vtt ni… Semoga ukhwah dn ksh syg ini perpanjangan, amin.. “
Momen penuh emosi antara Cik B dan Adik Dafia itu bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah memperlihatkan hubungan istimewa antara idola dan peminat yang terjalin secara tulus serta penuh kasih sayang. Bukan itu sahaja, warganet turut memuji didikan Dato’ Seri Vida terhadap Cik B yang dilihat begitu prihatin dan penyayang dalam menyantuni kanak-kanak.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok lovelydelisha66
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

