Artis / Selebriti
” Wah lain macam hadiah birthday Cik B. Takyah menang TTMM dah dapat hadiah lagi mahal dari juara.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Vida memberikan kejutan hadiah hari lahir kepada Cik B ketika di Talk To My Manager 2 raih perhatian warganet. Fuh bukan kaleng-kaleng hadiah Cik B ni. Harga lebih sejuta ringgit tu..
Anak kepada usahawan bergelar jutawan, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 tahun pada 19 Mei yang lalu. Cik B ditatang bagai minyak yang penuh oleh mamanya itu dan semua permintaan Cik B pasti akan cuba dipenuhi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Remaja, Media Hiburan, Hlive dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan DS Vida memberikan satu kejutan untuk Cik B semasa program Talk To My Manager sedang berlangsung.
DS Vida menyediakan satu hadiah istimewa untuk Cik B. Ketika Cik B berada di atas pentas TTMM2, mata Cik B ditutup dengan penutup mata. Sejurus sahaja penutup matanya dibuka, Cik B melompat kegembiraan melihat hadiah tersebut.

Cik B sendiri speechless dan tidak menyangka mamanya akan membeli hadiah tersebut. Menurut Cik B, dia hanya menyebut hadiah yang diingininya ini ketika ditanya oleh mamanya sebelum ini. Tambah Cik B lagi, ini bukan keperluannya dan hanya kehendak, namun mamanya tetap cuba memenuhi keinginan Cik B.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Takyah menang TTMM dah dpt hadiah lagi mahal dari juara.. Terbaikkkk… Beruntung sggt mama Cik B syg sangat kat awakkk.. “
” First time tgk cik b btl btl manja. woahhhhh lain macam hadiah besday cik b. tahniah CikB.. nak jugak hadiah birthday gini DSV.. “
” Ok x juara pon xpe cik b.,hadiah awk dah wow gile2.. Alhamdulillah… cikB dikurniakan syurga di dunia. Happy birthday cik b.. “
” Hahaha… tak perlu susah payah menyanyi cik b… dah dpt kereta dah pun.. The way dia peluk mak dia tu aku yg sebak.. so sweet cik b.. “
” Wow lamborghini siot.. congrats and HAPPY B’DAY CIK B.. Subhanallah allahuakbar Tabarakallah Banyak nya duit Dato Sri Vida ni bolehhhh beli segala galanya buat ank tercinta.. “
” Semoga ramai lgiiii ibu2 spt Dato Sri kt Malaysia ini… Tahniahhhhh cik B….Blum final lgiiiii dah dpt hadiah.. “
” Wow mega hadiah bfday cikb.. Happy birthday baby bom bom cik b anak mama yg hebat.. DSV nya effort nk happy kn anak tu terbaik.. “
Usaha DS Vida untuk memenuhi permintaan anak tersayang menyentuh hati ramai. Cik B seorang anak yang baik dan hadiah ini selayaknya untuk Cik B. Semoga Cik B akan terus menjadi anak yang solehah dan membanggakan mamanya ini dengan banyak kejayaan dalam hidup selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, IG Media Hiburan, IG Hlive, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

