Viral
” Nampak macam sama, tapi bukan YB Syed Saddiq. Yang ni Syed Saddiq versi Temu, haha.. ” – Komen Netizen
Video seorang penari yang begitu mirip dengan wajah YB Syed Saddiq sedang lincah menari di atas pentas curi perhatian ramai. Wah seiras sangat ni, gaya rambut pun sama. Dah macam kembar je, tapi yang ni versi ligat lah, tak kaku, hehe..
Dikatakan dalam dunia ini setiap orang mempunyai 7 orang wajah yang sama. Tidak kira benua dan negara mana, itu bukti kekuasaan Allah dalam mencipta makhluknya. Ia juga disebut sebagai pelanduk dua serupa kerana persamaan wajah yang dimiliki oleh seseorang individu itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mstar Online Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sekumpulan penari sedang berlatih. Ianya terdiri dari beberapa orang pemuda dan pergerakan mereka sangat lincah dan mempesonakan.
Wajah salah seorang yang berada dalam kelompok penari ini kelihatan seakan sama dengan wajah MP Muar, YB Syed Saddiq. Gaya rambut, hidung yang mancung dan fizikal tubuhnya yang kurus dan fit membuatkan penari ini nampak begitu seiras dengan YB Syed Saddiq.

Menonton tarian penari ini, ramai yang mengusik mengatakan YB Saddiq mengikuti kelas tarian sehinggakan boleh menari seligat itu. Tidak dinafikan jika sekilas pandang pasti akan menyangka itu adalah YB Saddiq. Ramai juga di kalangan warganet yang terpedaya pada pandangan pertama mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak macam sama, tapi bukan YB Syed Saddiq.. Tadi memang mati-mati ingatkan tu YB Saddiq tau.. haha serupa.. “
” Kalau YB syedsaddiq menari hebat mcm tu.. sure dah setanding dgn buah hati bellaastillah . Barulah sehati berdansa hehe.. “
” Demi rakyat Muar, YB ambik kelas joget senyap-senyap eh hehe.. Sekali pandang memang ingat ni YB.. Sekali pelanduk dua serupa daaa.. “
” Kalau org muar tak syg tak tau la.. gigih buat partime cari dana. .tp yg ni Syed Sadiq versi temu la.. “
” Syed Saddiq ke tu ? Sejak2 dah belajar tarian Sabah, YB kita dah pandai macam2 tarian lain haha.. macam dia tapi bukan haha.. “
” Power lah YB syedsaddiq.. Berapa billion utk MUAR ni show gini YB haha.. Sorry YB Syed Saddiq, saya ulang tengok 3 kali confirm dah bukan YB.. “
” Pandai bellaastillah ajar yb syedsaddiq .. cepat betul lembut urat2 segala urat .. yb betul betul dah rosak haha.. “
” YBSS dalam diam ambik dance class ya hehe.. dia tidak bercerita… tetapi dia keluar vttnya… itulah dia.. sama betul muka dengan yb.. kita pun tadi hampir hampir terpedaya tau.. “
Hebat sungguh kekuasaan Allah, mirip sungguh wajah penari ini dengan YB Saddiq. Lincah gerak tarinya dan itu lah yang membezakan YB Saddiq dan ‘kembar’nya ini. Seandainya sebegini lincah YB Saddiq menari tentu ramai yang terkejut melihatnya, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstaronline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

