Artis / Selebriti
” Nakal Abuya mengusik Mama. Patut lah YB pun suka mengusik Bella. Ikut perangai abuya.. ” – Komen Netizen
Video Abuya YB Syed Saddiq mengusik Mama YB Syed Saddiq buat warganet terhibur. Lawak ayat Abuya bila Mama cakap nak jadi macam Mariah Carey. Kelakar Abuya, perangai macam YB Saddiq..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sabrinabee78, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara YB Syed Saddiq bersama mamanya, Sharifah Mahani dan abuyanya, Syed Abdul Rahman. Dapat dilihat di atas meja, kelihatan beberapa produk keluaran Cosrx yang mana Bella adalah duta rasminya.
Mama YB Saddiq yang mesra dengan sapaan Cikgu Sherry ini memberitahu wajahnya akan menjadi seperti Mariah Carey jika memakai kosmetik yang YB Saddiq berikan kepadanya itu. Tergelak YB Saddiq mendengar jawapan mamanya itu dan Abuya turut menyampuk perbualan tersebut.
Kata Abuya, Mariah Carey sudah tua sama seperti mama Sherry. Mama YB Saddiq juga menambah apabila wajahnya berubah, suaranya juga pasti akan menjadi seperti Whitney Houston. Anak beranak ini tergelak apabila mama Sherry mengatakan Whitney sudah tiada.

Sama seperti Abuya, YB Saddiq juga suka menyakat mamanya. Apabila YB Saddiq mengatakan bagus kerana Mama mengakui dirinya sudah tua, laju sahaja mama Sherry membantah dan menyebut dirinya belum tua. Sweet Mama dan Abuya, patut lah YB Saddiq melayani Bella dengan baik, ada contoh yang terbaik di rumah.
Jom tonton video di bawah :
@sabrinabee78 Replying to @lolaaini7 TQ Suka 😍❤️!! Tengok ni comel ja mama & abuyah 😀🌹. #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nakal abuya mengusik mama.. gtu la tu kan yb.. suka mengusik bella. best ja ceria hidup.. comel mama YB ni.. “
” Nak tahu mama beli dekat mana ek handsock dia tu, cantik lah.. so sweet mama dan abuya.. comel betul family ni.. “
” Cikgu Sherry nak jadi Mariah Carey.. comelnya haha.. sweet tau mama yb ni.. moment sweet mama with abuya.. “
” Sweetnya mama YB ni.. Dlm mimpi muka Mama jdk Mariah Carey, suara jdk Whitney Houston… comel je cikgu mama sherry nih.. “
” Adoi love betul tengok.. Sy harap dpt sweet mcmni dgn suami sampai tua. Adore sgt pasangan yg romantik smpai tua dgn pasangan dia.. “
” Sweet cikgu Sherry.. Abuya kuat mengusik, patut lah yb pun suka mengusik Bella.. ikut perangai abuya sangat ni.. hilang rindu yb dekat mama tu.. “
” Mama pun guna cosrx dah. support bella duta cosrx.. Mama veteran okey bukan tua macam sis hehe.. “
Comel sahaja gelagat Mama dan Abuya YB Saddiq ini, walaupun sudah bertahun-tahun hidup bersama, perangai suka mengusik itu tetap ada. Mungkin ini salah satu tips kebahagiaan rumahtangga yang boleh dicontohi untuk semua. Seronok mendengar gelak tawa Abuya, happy family.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sabrinabee, IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


