Connect with us

Artis / Selebriti

” My little hafiz dan hafizah.. ” – Datin Dr. Halina

Isteri Angkasawan Negara, Datin Dr. Halina Kongsi Gambar Newborn Photosh00t Terbaru Anak Kembarnya, Sheikh Eusoff Dan Sophea Emelia Yang Bertemakan Islamik. Alahai, Comel Sungguh Ustaz Dan Ustazah Cilik Ni !!

Sudah menjadi trend masa kini bagi pasangan ibu bapa mengabadikan gambar anak yang baru lahir sebagai tanda kenangan. Pelbagai tema yang menjadi pilihan untuk digayakan si kecil agar gambar-gambar yang diambil nampak unik dan comel.

Sebelum ini Dato’ Dr. Sheikh Muzaphar Syukor dan isterinya, Datin Dr. Halina memuatnaik gambar newborn photosho0t yang bertemakan kedoktoran untuk anak kembar baru mereka. Namun kali ini tema islamik pula dipilih. Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia telah dipakaikan serban dan tudung dilihat begitu comel sekali dan begitu seiras.

Gambar pasangan kembar ini turut dikongsikan di kedua-dua akaun Instagram Dr Muzaphar dan isteri. Menerusi kapsyen yang dikongsikan, Dr Sheikh telah merancang segalanya dalam membesarkan kedua anaknya itu terutamanya dari segi pendidikan.

Dalam membesar mereka, Dr Sheikh akan memastikan mereka seimbang dalam segala aspek. Malah dia juga merancang untuk menjadikan pasangan kembar ini seorang hafiz dan hafizah. InsyaAllah, suatu hari mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Manakala di akaun Instagram Dato’ Dr Sheikh Muzaphar :

Perkongsian ini menerima pujian daripada netizen kerana kecomelan pasangan kembar ini. Ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka. Antara komen-komen yang diberikan :

” Both of u and dr s uploaded the pic at the same time but daddy’s caption is the longest . Terbalik pulak dgn kes saya haha. Comel sangat the twin .. “

” MasyaAllah so comel and peaceful tgk diorang. Dalam byk2 benda, i regret tak buat newborn photoshoot for my triplets. Tp masa tu takde duit so perlu prioritize my money for the essentials. But how i wish i did one.. “

” MashaAllah comei, Tak puas te gok gambar gambar diorang. Behind the scene mesti mencabar kan. Berapa lama ambil masa photosho0t Dr ? “

” Dr halina selalu post yg simple2 n dr S selalu post panjang2. Rasanya dah boleh agak siapa yg romantik. Mashaa Allah comelnya… inshaa Allah jadi anak yg soleh n solehah .. “

” MashaAllah. Ank soleh solehah. Amiin ya Allah. insya Allah your son and daughter will be succesful person future.. amin.. “

” Masyaallah Tabarakallah.. InshaAllah ameen moga Allah permudahkan segala hajat dan impian dr. Doakan kami juga.. so cute both.. “

” Sy kagum dgn cara doc dan isteri didik ank2. Semoga doc dan famili dipermudahkan segala2nya dunia akhirat. Comelnya si kembar.. “

Alahai, comel sangat pasangan kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia ini. Wajah mereka saling tidak tumpah seperti abang dan kakak mereka. Semoga mereka berdua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah seeta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Dr. Halina, Dato Dr. Sheikh Muzaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT