Artis / Selebriti
” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
Video Erra Fazira kongsi suaminya, Ezwan Zain kantoi jumpa ibunya dulu sebelum Erra temukan mereka buat ramai terhibur. Wah pandai Ezwan dan ibu simpan rahsia, lepas kahwin baru Erra tahu. Betul-betul gentleman Ezwan ni, patut lah mak mertua puji sangat hari tu, hehe..
Pasangan pengantin baru yang menjadi perhatian ramai, Erra Fazira dan Ezwan Zain berkongsi satu kisah mengenai siapakah yang berjumpa dahulu ibu pasangan masing-masing sebelum mereka bercinta dalam satu temuramah podcast .
Menurut Erra, Ezwan terlebih dahulu berjumpa dengan ibunya tanpa pengetahuan Erra. Erra sempat lagi menyatakan bahawa Ezwan pernah menyatakan tidak mempunyai perasaan terhadap Erra, namun di belakang Erra lain pula tindakannya.
Netizen menyatakan tindakan Ezwan ini menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat gentleman kerana berjumpa dengan ibu Erra terlebih dahulu. Rupa-rupanya Ezwan dalam diam sudah bertindak terlebih dahulu untuk menghalalkan Erra.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pasangan ini dilihat cukup sepadan dan serasi kerana saling melengkapi antara satu sama lain. Erra juga nampak lebih ceria.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Ezwan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Omg cpt dah tak sbr nak tgk ni.. tu baru gentleman.. Bermaksud Mr ezwanzain bersungguh-sungguh nak jadikan errafazira sebagai ratu hatinya. So gentleman .. “
” Sweet dedua ketul ni. Dia jumpa dulu ibu Erra, jelas kesungguhan, ikhlas nak mengenali Erra. Bukan nak mainkan perasaan.. “
” Jelas nyata Mr E gentleman dan jujur ingin mengenali Erra. Hahahha saya penat la tersengih2. Cepat la sikit jumaat…rasa macam lama sangat.. “
” Adoi nak tunggu jumaat pulak, dah naik kering gusi aku tersegeh kan mereka ni. Aku gan laki aku duduk bersama tngok diorng sama sama ketawa.. “
” Gelojoh ye.. hahahahah.. mmg nk btl2 ni.. x main2.. gentle bagus . Ertinya Mr E bersungguh2 mahukan Erra, sweet sangat masa emak Erra bagitahu masa hari nikah tu.. “
” Gentleman macam tu la nak tackle anak tackle mak dulu .. Oklah meet n greet ibu mertua Mr N kiter dm wasap emak kiter sebelum kiter bawa jumpa emak.. “
” Errafazira buat reaction video yang harris anuar kantoikan pls. Yang ezwanzain berangan 2 tahun lepas. Beruntung la Erra dpt encik suami yg jujur dn iklas.. “
Nampaknya Ezwan sememangnya sangat bersungguh-sungguh untuk memperisterikan Erra. Kita yang mendengar pun terasa sangat sweet. Semoga bahtera perkahwinan mereka kali ini berkekalan sehingga ke syurga dan sentiasa berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasionchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain

