Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka cuak hujung-hujung eh. Tahu takut bini MK, haha.. ” – Netizen

Video MK K-Clique Menyakat Isterinya, Siti Hajaar Buat Peminat Terhibur. Amboi Berani MK ‘Bul1′ Hajaar Yer. Sakan MK Mengusik Tapi Muka Last Tu Lawak Tengok. Jangan Kena Balik Naik Grab Sudah Lah Dato’ MK, Haha !!

Meninjau akaun Instagram MK K-Clique, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat MK mengusik isterinya, Siti Hajaar di dalam kereta. Dapat dilihat Hajaar sedang memandu, sementara MK duduk di kerusi penumpang. Kapsyen MK pula tertulis ‘ Salam Jumaat dari driver baru saya ‘.

Lucu betul apabila MK berlagak seperti bos dengan driver. Hajaar pula sedar MK merakam perbualan mereka ini menutup mukanya dengan tangan. Sporting Hajaar siap panggil MK sebagai ‘ Dato’ ‘ lagi. Kalau tak menyakat bukan MK namanya, suka betul MK mengusik isterinya yang pemalu tu.

Kata warganet, ini kalau tak kena gaya, ‘ Dato ‘ kena balik jalan kaki selesai solat jumaat. Suka warganet melihat gelagat MK dan Hajaar. MK muka macam seronok jadi bigboss tapi hujung-hujung tu kelihatan muka cuak. Takut juga dengan puan besar ye MK, hehe.

Sememangnya pasangan penganti baru ini sering menjadi perhatian warganet. Selalu sweet sahaja melihat MK melayani Hajaar. Wajah lembut Hajaar juga menawan hati ramai warganet. Sepadan sangat lah merpati dua sejoli ni, bagaikan pinang dibel4h dua.

Jom tonton video di bawah :

Baru sahaja beberapa jam dikongsikan, perkongsian ini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kuat betul menyakat MK ni. Cantik sangat driver tu, kirim salam pleasee.. Apa ni dato’, tak baik bul1 driver cantik.. ”

” Last aku guna IG arini.. Kejap lagi aku uninstall.. eee ger4m lak tengok sweetcouple ni.. Ambik la bumi ni MK dan wife . Ambik lah ,, sy pindah matahari je.. ”

” Jaga takut selesai solat kau balik jalan kaki bha haha.. Entah la pen4t la aku senyum sorang2 tiap kali tengok video dorang berdua ni.. ”

” Berani eh buat dia jadi driver. Jap rotan mana rotan hehe.. Suka betul tengok hajaar ni, sopan santun orangnya.. ”

” Ape comel sgt korg ni…. jap nak carik laki aku jap nak suh dia dok sebelah biar aku bwk kete.. acah2 nak jd sweet mcm ni.. ”

” Hahaha mmg beras kita beli, tapi ingat itu panglima tak0t habis jumaat balik naik grab je . Haha.. muka cu4k hujung-hujung eh haha.. tahu tak0t bini MK haha.. ”

” Hahahahaha hati-hati dato, ada yg balik solat jumaat gi meeting naik grab tok haha. tutorial tidur luar mlm ni hehe.. ”

Kuat betul MK menyakat Hajaar sekarang, makin menjadi-jadi pula. Hajaar pula in character betul sebagai driver kali ini, hehe. Jaga-jaga MK, jangan pulang naik Grab dah ler. Semoga MK dan Hajaar bahagia selalu bersama dan dirahmati Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairi Whuut

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT