Artis / Selebriti
” Macam tak percaya je tengok MK dukung budak kecil.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar terbaru MK K-Clique bersama anaknya, Aya Rayana ketika berada di Sabah raih perhatian warganet. Wah Aya balik kampung daddy ke tu. Dah macam Teletubbies Aya pakai baju macam tu, hehe..
Penyanyi rap terkenal, MK K-Clique dan pasangannya, Siti Hajaar telah pun dikurniakan dengan seorang anak perempuan pada 3 Ogos yang lepas. Pejam celik, pejam celik, sudah 3 bulan berlalu dan si kecil yang diberi nama Aya Rayana ini membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang.
Meninjau entry terbaru MK K-Clique di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan MK bersama Hajaar dan Aya berada di kampung halamannya, Sabah. Berlatar belakangkan suasana gunung ganang, ianya seperti berada di Kundasang.
Sehingga sekarang, MK masih belum menunjukkan wajah penuh Aya. Warganet hanya disajikan dengan gambar Aya dari belakang sahaja. Seronok warganet melihat MK sekarang yang tenang bersama anak tersayang. Turut sama dipaparkan dalam perkongsian ini gelagat ibu MK ketika berada di dalam kereta.

Comel sahaja melihat ibu MK membuat isyarat jari peace ketika menyedari dirinya sedang dirakamkan. Pada paparan terakhir pula, sipi-sipi sahaja kelihatan wajah Hajaar yang sedang mendukung Aya. Perkongsian ini meraih tumpuan ramai wargamaya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semoga Allah jaga keluarga ini dunia dan akhirat.. Semoga sihat selalu mk sekeluarga.. salam dari Indonesia.. “
” MasyaAllah… semoga membesar dengan sihat dan di dalam lindungan Nya. Cool daddy, mama vibes, baby moo.. “
” Aku ada geng… professional.. running with my clique ya international.. she’ll be your gang for life, insyaAllah.. “
” Wow sudah di Kundasang baby. Syukur alhamdullilah kpd Allah SWT for everything. Allahuakhbar.. “
” Wah wah seronoknya Aya dah sampai sabah. comel je mak mk buat peace tu. semoga dalam lindungan Allah selalu..
” Macam tak percaya je tengok MK dukung budak kecil. Semoga jauh dari penyakit ain dan iri hati. Membesar dengan sihat aya rayana,, “
” I wish to be this successful at treating my family.. Fit on top brooo.. Flawless.. semoga membesar dengan sihat.. “
Semakin terserlah kebahagiaan MK K-Clique sejak kehadiran cahayamata sulungnya itu. Pulang ke kampung halaman si kecil ini, tentu banyak memori indah yang telah diciptakan oleh keluarga kecil MK K-Clique ini. Semoga MK K-Clique, Hajaar dan Aya Rayana sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MK K-Clique
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

