Artis / Selebriti
” Dia nak sangat beli tapi Aja ni takut, then Aja tak setuju.. ” – Siti Hajaar
Video MK K-Clique menerima kejutan hadiah hari lahir daripada isterinya, Siti Hajaar. Wah bukan kaleng-kaleng hadiah MK dapat ni. Mula-mula Hajaar tak bagi beli. Tak nak tengok MK sedih, Hajaar beli juga buat surprise masa birthday. Happy betul MK..
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi MK K-Clique. Selebriti ini mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya, Siti Hajaar dan mereka telah pun dikurniakan dengan seorang cahayamata perempuan yang dinamakan sebagai Aya Rayana.
Rumahtangga MK dan Hajaar sememangnya sering mencuri perhatian warganet kerana kedua-dua sangat sweet dan pandai menghargai antara satu sama lain. Meninjau entry terbaru Hajaar di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video throwback ketika Hajaar menyambut ulangtahun kelahiran MK pada 27 Julai yang lalu.
Memandangkan Hajaar ketika itu sudah sarat dan hampir melahirkan puteri mereka, baru sekarang sempat menyunting video ini. Cerita Hajaar, MK sudah lama mengimpikan motor berkuasa besar dan pernah menyuarakan hasrat untuk membelinya tetapi Hajaar membantah kerana risaukan keselamatan MK.
Menyedari MK sedikit murung dan sedih kerana tidak dapat apa yang dihajati, Hajaar mengambil keputusan untuk menghadiahkan motor tersebut kepada MK dan ianya suatu kejutan yang MK tidak jangkakan. Happy betul muka MK apabila melihat hadiahnya itu. Bukan hanya motor, Hajaar turut menghadiahkan sepasang sandals yang juga MK suka. Comel sahaja melihat MK mengigit hujung sandal.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@hajaarsitii Throwback! Baru sempat edit, video ni time birthday kesayangan 27/7. Time tu saya tengah sarat nak melahirkan seorang puteri, tak sempat nak edit2 and post. “Bila suami happy, kita pun akan hilang penat, sedih, sakit. Kita pun akan tumpang happy” Btw, motor tu dia share story dkt Aja, dia nak sangat beli tapi Aja ni takut kalau orang2 naik motor apa semua ni, then Aja tak setuju. Hahaha. Tapi kita tak boleh la tengok kesayangan kita macam ala sedih tak dapat nak pakai apa yg dia nak. Aja pun fikir2, tak apa la. Aja hadiahkan dia la motor yang dia nak time birthday nya. Deal, dan beli. Masa tu MK belum ada kat rumah. Malam hari yg sama dia balik rumah dari kerja dan… tengok la video tu! Hehe” ; Sandals tu pun dia pernah tunjuk dia suka, apa lagi kita beli la juga untuk gift kedua. π₯Ή Alhamdulillah. Loveeeee Suamiku π€πͺ½
Sehingga kini, lebih 36 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Hajaar itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Berbahagia selalu sis. Orang Tawau memang sebegitu rupanya meghargai wanitanya.. MK pn gigit kasut br bli. petue org dlu2.. gigit kasut nt kasut x mkn kaki kite.. “
” Mmg dia mmpu beli selipar lebih pada tu.. Tp bila bini yg bg perasaan nk pakai nk jaga tu lain mcm oo.. Happy kali face abang MK.. “
” Nampak btl mk sangat menghargai pemberian isteri tercinta… moga kekal hingga ke jannah… Bahagia hati ni tersenyum bibir ini melihat kamu bahagia.. aamiin.. “
” Sweet nya suka tngok Mk & siti hajar smiga bahagia sllu amin.. semoga ada rezeki pika juga untuk happykn suami one day.. “
” Kak aja, so sweet.. Semoga berbahagia selalu dengan MK.. smg jodoh kalian hgg ke syurga jannah.. Aamiinnnn YRA till Jannah.. “
” Untung suami dia dapat isteri yang macam ini.. Antara pasangan yg tiada kontrovesi. Semoga Allah swt sentisa pelihara hubungan korg dn kekal bahagia hingga ke syurga. Aminβ¦ Sayang korg.. “
” Suami yg baik akan dihargai bila isterinya terlalu dihargai.. Sweet both of you .. suka tgok korang. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa.. “
Pepatah ada mengatakan kalau sudah rezeki tak akan ke mana. Rezeki tidak pernah salah alamat cuma cepat atau lambat sahaja untuk diperolehi. Berkat MK selalu menghargai dan mengutamakan isteri dan anak, Allah kurniakan rezeki kepada Hajaar untuk dikongsikan bersama MK.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hajaar Siti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen