Artis / Selebriti
” Mommy tetap cute macam 18 tahun, cool mommy.. ” – Netizen
Gambar Dan Video Nora Danish Mengukur Tingginya Bersama Anak-Anak, Mohamed Neqayl Dan Putra Rayqal. Cute Je Macam Kakak Dengan Adik. Wah Rayqal Dah Nak Sama Tinggi Dengan Mommy Lah !!
Pemilik wajah cantik bernama Nora Danish ini memang cukup popular di kalangan peminat. Memiliki seramai 7.3 juta pengikut di Instagram miliknya, posting daripada Nora pasti meraih perhatian ramai.
Meninjau salah satu entry terkini Nora di Instagramnya, telah dimuat naik sekeping gambar dan satu video yang memaparkan gelagat Nora bersama anak-anak lelakinya, Putra Rayqal dan Mohamed Neqayl ketika di rumah.
Dengan kapsyen tertulis ‘us 2021′, Nora memberitahu Ney Ney yang sudah berusia 3 tahun sudah di paras pinggangnya. Manakala si sulung, Rayqal pula sudah sama tinggi dengan Nora. Sekali pandang, sudah seperti kakak dengan adik-adik pun ada Nora dengan anak-anaknya.

Gambar pertama yang dipaparkan menunjukkan Ney Ney berdiri di hadapan Nora, manakala Rayqal pula berdiri di sebelah Nora sambil tangannya dipaut mesra pada bahu mommynya ini. Seterusnya, video Nora bersama Rayqal pula menunjukkan ketinggian mereka yang sama itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Anak-anak semakin besar, mommynya tetap maintain comel. Ini mendapat respon daripada peminat dan antara komen-komen mereka :
” Oh my god dah sama tinggi. nora tetap maintain dari cerita PUTERI cantik je. Siblings goals hehe macam akak dengan adik.. “
” 12 tahun dah sama tinggi, macam adik beradik dah. Cute anak dan ibu ni. Semp0i jer madam Nora dengan anak bujang.. “
” Hihi chill lah sis ni. Dah nak sama tinggi dah anak terunanya. Macam adik dengan kakak je, maknya muda selalu hehe.. “
” Eh ingat adik beradik, hot mama la. Rayqal pun looking good, baru 12 tahun dah tinggi macam tu, belum lagi 17 tahun hehe.. “
” Sempoi jer Madam Nora, da sama tinggi dengan anak bujang. Mommy tetap cute macam 18 tahun, cool mommy.. “
” Cepat nya the kids besar. Yg sulung dh sama tinggi mommy. Yang 3 tahun tu pon tinggi dah. Nora ni pakai la ape pun ttp lawa haihh.. “
” Hi qal still remember when u were as small as ney ney. u always look handsome n vibrating out love energy besar jgn playb0y na.. “

Hai lah Rayqal, ini belum akil baligh lagi sudah setinggi paras mommy. Selepas ini, tentu mommynya kena mendongak kepala lah untuk bercakap dengan Rayqal. Apa pun, stay safe selalu dan terus ceria Nora sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen

