Artis / Selebriti
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq bertanyakan satu soalan yang di luar jangkaan kepada Bella Astillah ketika sedang live produk body mist buat ramai terhibur. Alahai, memang tak sangka YB tanya soalan macam ni, lurus betul. Berdekah Bella dan yang berada kat set gelak, hehe..
Semalam telah berlangsungnya sesi live Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq untuk produk perfume by ‘DOLCÉA’. Untuk makluman, Bella dilantik sebagai duta dan ianya live pertama Bella untuk mempromosikan produk ini. Kolaborasi Dolcea bersama BASS mendapat sambutan yang hangat daripada ramai viewers.
Meninjau entry di akaun Tiktok Thebass_forever92, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live tersebut. YB Syed Saddiq memberitahu dia kurang faham kegunaan body mist kerana dia hanya memakai perfume. Bella memberitahu body mist ini selalu dipakai sebelum tidur.
Ayat Bella itu menimbulkan persoalan di fikiran MP Muar ini kerana ianya benda baru yang dia tahu. Soalan YB Syed Saddiq kepada Bella selepas itu mengundang ketawa semua yang berada di set live tersebut. Bella sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar soalan YB Syed Saddiq.

Ramai yang mengatakan YB Syed Saddiq ini terlalu lurus dan jujur orangnya. Soalan yang tidak langsung terfikir oleh Bella akan ditanya seperti itu. Memetik komen warganet, YB Syed Saddiq ini betul ‘berjalan tegak’ sama seperti buku tulisannya. Bella suka orang yang jujur seperti YB, tiada tipu-tipu.
Jom tonton video di bawah :
@thebass_forever92 pakai waktu utk tidur buat siapa🤣🤣🤣#ffffyyyyyppppppppppppppp #bellaastillah #syedsaddiq #vitaminbass #foryoupage
♬ bunyi asal – DeTe’Cctv of ‘BASS’🕵️😎 – DeTe’Cctv of ‘BASS’🕵️😎
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mesti masa ni spacedollah dgn mama YB gelak guling2 haha.. smlm mmng rasa geram btul dgn yb.. lurus bendul betul weh.. haha.. “
” YBSS ni mmng lurus tegak bendul xde corner2 haha.. Betul lah, soalan yb dia solo tidur knp nak wangi2, jgn salah faham yb ni lurus dan jujur, kesian dia, jgn lah buli yb.. bellapun faham2lah.. “
” Part YB tnya :”pakai bla waktu tidur utk siapa? aku dgn suami gelak bedekah atas katil haha.. YBSS ni btul2 jalan tegaklah.. “
” Yb ni mcm bendul je kan… lurus sgt.. YB terlalu jujur… pakai wktu tdur utk siapa, sakit perut aku ketawa.. yg memang nerd giler.. “
” Haha ni paling kelakar tadi masa live.. tersembur nasi akak tgh mkn td. YB YB… awat la luruih sgt. lucunya ss ni.. kelakar sangat.. “
” Masa ni, mata dh ngtok sngt.. berdekah kuat ketawa.. ape la yb.. smpi ke situ pikiran dia.. 10 kali pun sy tengok masih gelak2.. Lurus sangat.. “
” Ya Allah… terhambur ketawa saya… minta maaf… takpa YB memang jujur sgt… org kata malu bertanya sesat jalan.. mr Presiden spacedollah tolong lah ajar YB nie… kesian dia.. “
Soalan yang paling jujur daripada YB Syed Saddiq tetapi membuatkan ramai yang sakit perut ketawa. Masuk akal juga soalan YB Syed Saddiq itu, maklumlah YB kan orang bujang. Lurus betul YB Syed Saddiq ini, sikap yang bagus dan semoga terus jujur sebegini YB kesayangan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Thebass_forever92
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

