Connect with us

Artis / Selebriti

” Menangis dibuatnya tengok Bell pegang piala tu. Macam lucu tapi sedih ucapan Bell.. ” – Netizen

Video Bell Ngasri Menerima Kejutan Anugerah Era Buat Ramai Yang Terharu. Ucapan Dan Wajah Bell Yang Menahan Sebak Lagi Buat Ramai Tersentuh. Anugerah Pertama Buat Bell Selepas Lebih 30 Tahun Dalam Bidang Seni, Tahniah!!

Semalam 20 Julai 2023 bertempat di Kolej Poly-Tech Mara Kampus Bangi, bermula jam 8 malam telah berlangsungnya Malam Healing ERA. Bersama penyampai Era dan pelajar kolej tersebut, ianya turut disertai oleh ramai artis-artis lain antaranya Nabila Razali, Sarah Suhairi, Amir Masdi dan Fieya Julia.

Menerusi akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Era memberi kej0tan buat pelakon dan pelawak, Bell Ngasri. Buat pertama kalinya dalam hidup Bell menerima anugerah dan ianya daripada stesen Era. Sebelum Bell naik ke pentas menerima anugerah, paparan skrin menayangkan sedutan lakonan Bell yang mengatakan dia tidak pernah mendapat anugerah sepanjang penglibatannya dalam seni.

Setelah itu, ucapan daripada adik-adik Bell iaitu Darling dan Datin Anne pula ditayangkan. Kata Bell, dia datang dengan niat untuk melayani semua tetapi tidak menyangka akan menerima anugerah ini kerana selalunya dia ke konti Era hanya sebagai voice over untuk membuat iklan.

Seb4k mendengar ucapan Bell dan dapat dilihat wajah Bell menahan seb4k. Lebih 30 tahun menghiburkan semua orang dengan lakonan dan lawak jenakanya, Bell memang layak untuk diangkat dan mendapat penghargaan sebegini. Bell juga meminta untuk semua yang berada di situ turut sama melaungkan ayat ‘ Yak Yak Yayy ‘.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang telah pun diberikan oleh mereka :

” Sebak rasanya – bertahun menghibur tanpa imbalan tapi in the end Allah balas dgn kasih Sayang yang ikhlas daripada peminat.. ”

” RM1,000.00 but level appreciation dia like dapat RM1,000,000.00 INI ADALAH ERTI BERSYUKUR YANG SEBENAR.. Macam lucu tapi sed1h ucapan Bell ni.. ”

” Yessss finally talent sebenar, melawak , voice over , berlakon , semua memang tak nampak kekok or kayu huhu. talent macam ni kita mau.. ”

” Sgt² layak ok.. dia la yg menghibur kn dr zmn skolah rendah smp ke dah brnak 3 ni.. Dia ni patut dpt anugerah, pelawak, pelakon serta penghibur.. YAK YAK YEY.. ”

” Menang1s dibuatnye saya tgk live era tadi tgk abang bell pegang piala tu seolah-olah dah menang anugerah bintang paling popular.. semoga ada rezeki buat abang bell menang esok aminn.. ”

” Terbaiklah era.je cepat buat kerja. Termaktub dlm sejarah anugerah pertama yg Bell dapat dari Era FM. Selalu asal tengok muka bellngasriofficial nk gelak je, tp kali ni tengok sebak.. ”

” Saya pulak yg rasa terharu. BangBell selayaknya dpt anugerah. Sgt ikhlas berkarya, ikhlas jd anak seni. Moga BangBell terus maju jaya, dikurniakan sihat tubuh badan dan dipermudah urusan BangBell. Aamiin.. ”

Dalam tersenyum wajah Bell terlihat sayunya, bergenang juga air mata Bell. Pen4h lelahnya akhirnya ada yang menghargai dan ianya cukup membuatkan Bell rasa tersentuh. Semoga kemenangan di ABPBH malam ini berpihak kepada Bell. Selamat maju jaya Bell dan murah rezeki selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT