Artis / Selebriti
” Lagu ni mesti akan dikaitkan dengan Adira Suhaimi, tapi I don’t care.. ” – Adira Suhaimi
Video respon Adira Suhaimi apabila ada yang mengaitkan lagu barunya, Sayang Orang Sama dengan kisah hidupnya bersama bekas suaminya, Dato’ Red. Fuh hampir naik angin Adira part last tu. Sabar Adira, sabar..
Lagu Sayang Orang Sama dendangan Adira Suhaimi menjadi OST rasmi drama Khianat Yang Terpilih yang telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Lagu ini sememangnya menjadi siulan ramai kerana melodi dan lirik lagunya yang berbekas di hati.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira menjadi tetamu jemputan bersama penyampai Era, Haziq Hussni. Haziq bertanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan lagu tersebut.
Lagu ini memang berlainan dengan genre yang selalu Adira nyanyikan. Ketika Adira ditawarkan untuk menyanyikan lagu ini, Adira menyahut cabaran dan merasakan lagu ini ada tarikannya. Ramai yang beranggapan lagu ini seakan-akan mempunyai kaitannya dengan kehidupan Adira bersama mantan suaminya.

Ini kerana lirik lagu itu yang mengundang kecaman daripada netizen. Adira sudah bersedia dari awal mengenai persepsi yang akan diberikan oleh pendengar dan dia tidak peduli dengan semua itu. Walaupun tanpa gimik, orang tetap tidak berhenti bercakap dan ada pandangan masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suka betul lagu Adira yang ni.. The real ratu OST, ada ala ala lagu Ara.. sedap betul lagu ni.. aku pun sangka lagu ni kisah hidup adira rupanya bukan ye.. “
” Love vokal adira.suhaimi dalam lagu ni.. very strong dan emotional.. suara awk yng sdp tu yang bt lagu tu jadi sdp.. “
” Sy dok ulang “ku masih syg org y sama” sampai kne marah sbb part tu jer tahu… asal x nyanyi sampai abis…. sampai bosan member dengar.. “
” 1st dgr lagu ni. Terus terpikir sorg. Hafiz.. Aku pun tak sangka adira yg nyanyi.pasei suara dlm lagu ni agak besar..tp mmg sedap lontaran bait2 lirik jelas.berhantu lagu ni.. “
” Lirik yang euw haha.. suka ngan melodi lagu ni..suara adira off coz la sis love. Queen of OST.. dengar semua, takde kaitan dengan hidup adira okey.. “
” Sumpah sedap lagu ni.. favourite song . . mula-mula dengar ,, ingat penyanyi dari indo. . dalam maksud dia.. “
” Lagu ni buat seseorang perasan kan hehe.. lagu ni memang menikam perasaan.. anak aku 2tahun setengah, bila lalu lagu ni, dia terus boleh ikut ye. aish laa.. “
Terjawab sudah teka teki warganet mengenai lagu baru Adira ini. Setelah penjelasan ini, jelas lah ia hanya lah lirik lagu semata-mata dan tiada langsung dengan kisah hidup Adira. Semoga Adira menemui kebahagiaan yang dicari dan berbahagia dengan kehidupan barunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal

