Connect with us

Artis / Selebriti

” Memang tak ke tandas la nak tunggu aku jerit macam tu. Lawak lah Maryam, haha.. ” – Netizen

Video Maryam You Narae Mengajar Ayat Wajib Jika Ingin Bercuti Ke Korea Buat Ramai Terhibur. Part Ayat Nak Ke Tandas Tu Paling Win. Dengan Ekpresi Wajah Maryam Tu, Adoi Lucu Betul !!

Siapa tidak kenal dengan Youtuber yang kini bergelar pelakon, Maryam You Narae. Maryam yang semakin bagus percakapannya dalam bahasa Melayu disukai oleh ramai warganet. Setiap kali video Maryam dikongsikan pastinya ada sahaja yang menggeletek hati.

Meninjau akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan Maryam mengajar beberapa perkataan Korea untuk sesiapa yang berhajat hendak bercuti ke Korea. Kata Maryam lagi, ayat-ayat ini wajib dipelajari.

‘ Jusaeyo’ perkataan pertama yang diajar oleh Maryam. Kata Maryam jika ingin meminta makanan, contohnya ayam boleh lah disebut ‘ Chicken Jusaeyo ‘. Namun berbeza pula jika hendak ke tandas, ayat ‘ toilet jusaeyo ‘ tidak boleh sama sekali dipakai.

‘ Hwajangsil-i oediaeyo’ adalah ayat untuk ke tandas tetapi agak panjang dan sukar untuk diingati. Maryam mengajar satu perkataan yang paling mudah dan senang untuk semua orang Korea faham, namun perkataan ini membuatkan warganet terhibur apabila tahu maksudnya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Maryam ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sebelum ni ryzal ajar maryam yang bukan-bukan kan.. Kali ni maryam dah pandai.. Dia ajar kita semua pulak yang bukan-bukan haha.. ”

” Bila dia sebut ddong.. aku dah gelak sebab dah faham maksud dia haha.. Hahahaha adoi kelakar g1le. Dah nak terkeluar sangat tu haha.. ”

” Memang tak ke tandas la nak tunggu aku jer1t macam tu haha.. ghisau sebut dalam kedai semua lari.. ”

” Tah1 nak keluar, Tah1 nak keluar Hahhahahhaha… x leh imagine ak kalau org msia ckp cmni.. bayangkan dalam restoran org tgh makan… tnya anney tah1 nak keluar haha.. ”

” Please buat lagi content mcm ni menarik sangat.. Bong0klah lawak g1la, You are soo oooo funny maryam.. ”

” Okay tak sabar pergi korea nak buat macam mariam ajar haha.. Berdekah aku oii part last tu.. Best la teacher mcm ni.. senang faham n mudah nak ingat.. ”

” Haha kelakar la cikgu ajar… terus faham maryam ajar bahasa Korea.. So dalam kdrama tu btol lah expression dia.. kalo emergency mmg kena drama lebih… mcm nak pergi ber4k tu.. ”

Kalau buat seperti Maryam waktu berada di Malaysia tentu satu kedai tengok. Boleh jatuh air muka ni Maryam, hehe. Apa-apa pun, tips yang baik daripada Maryam dan untuk sesiapa yang bakal ke Korea boleh lah simpan ayat wajib ni okey.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT