Connect with us

Artis / Selebriti

” Sporting sungguh Agong kita, berbakat pula tu.. ” – Netizen

Video Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Menyanyi Di Khalayak Ramai Lagu Butakan Cinta, Nyanyian Asal Kumpulan Spring. Wah Boleh Tahan Suara Tuanku, Sporting Sungguh. Tuanku Permaisuri Pun Comel Ikut Menyanyi Sambil Buat Gaya Tangan !!

Meninjau ke satu akaun TikT0k, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yang Dipertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa menyanyikan sebuah lagu di hadapan khalayak ramai dalam sebuah majlis telah meraih perhatian.

YDP Agong berada di atas pentas bersama permaisuri Agong dan juga anakanda mereka. Tuanku Agong telah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Spring yang berjudul Butakah Cinta. Wah, memang sporting habis ni.

Rasanya ini merupakan kali pertama seorang YDP Agong membuat persembahan sebegini buat rakyatnya. Tambahan pula ini merupakan tahun terakhir buat Tuanku memegang jawatan YDP Agong setelah lima tahun berkhidmat.

Ternyata pasangan diraja ini merupakan pasangan yang begitu mesra rakyat dan sangat menyantuni rakyat jelata. Tuanku juga nampaknya mempunyai bakat nyanyian yang terpendam kerana suara Tuanku amat sedap didengari apabila menyanyi lagu tersebut.

Jom tonton video di bawah :

@userrose6577

#kesayanganrakyat🥰

♬ original sound – userrose6577 – userrose6577

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap sporting YDP Agong dan Permaisuri. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tahun2 terakhir ni, mmg dia beramah mesra btl2 dgn rakyat. the best agong ever..pasangan yg sweet sgt.. Sedap nya suara tuanku.. “

” Best la bila ada Agong berjiwa rakyat & dekat di hati rakyat. Negara terasa bersatu. Daulat Tuanku.. tuanku teruskanlah jd agong smpi bile2 .. Tak yah tukar2 .. “

” Alhamdulillah… keluarga Bahagia. santai2 Aje. Muzik hanya halwa Telinga. Hasanal malu2 nk nyanyi ya. sweet nya dn terbaik kacak suara Tuanku wow.. “

” Sweetnya Tuanku… terserlah seorang yg amat penyayang.. sedap… best…mantap… Daulat Tuanku.. tuanku yg pling sporting.. “

” Alahaiiiii sweetnya.. berbakat wei Agong.. sweet lg.. hebat Agong kita… daulat tuanku.. agong paling best… sgt2 mesra rakyat.. “

” Nice AND Sweet Royal Family.. Daulat Tuanku.. Terbaik …. MMG kesayangan Rakyat.. sporting sungguh agung kita.. terbaik tuanku.. “

” Tuanku selalu dihati rakyat. kita baik semua orang sayang. Ameen.. sedap suara Agong kita ni,,terbaik Keningau Sabah hadir.. “

Wah, sangat beruntung buat tetamu yang ada pada majlis tersebut kerana dapat merasa dihiburkan oleh YDP Agong yang jarang-jarang berlaku. Semoga YDP Agong dan Permaisuri sentiasa sihat selalu, dipanjangkan usia dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok userrose6577

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT