Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengan aku sekali gelak tengok gelagat Agong kita. Anak pun melayan.. ” – Netizen

Video Gelagat YDPA Sultan Abdullah Menyakat Putera Sulungnya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Buat Ramai Bersorak. Pengumuman Paling Penting Yang Ramai Tunggu Ni. Tersipu Malu Tengku Hassanal !!

Sejak minggu lalu, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bersama Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah dan anakanda-anakandanya memulakan misi Kembara Kenali Borneo di negeri Sabah. Seluruh Sabah menyambut baik kedatangan keluarga diraja ini dan ramai yang terharu dengan sifat jiwa rakyat Agong, Permaisuri dan anakanda mereka

Jika sebelum ini, Tengku Muhammad Iskandar menjadi perhatian, untuk misi ke Sarawak, kekandanya Tengku Hassanal Alam Shah pula mencur1 tumpuan ramai. Meninjau akaun Intagram Hot FM yang diulangsiar daripada akaun Tiktok SiNebin , telah dikongsikan gelagat Agong mengusik Tengku Hassanal.

Ketika ramai yang berkerumun untuk mendekati Agong dan melaungkan daulat tuanku, Agong memberi isyarat tangan supaya semua diam dan mengatakan ‘ dia masih bujang ‘ sambil mengangkat tangan Tengku Hassanal. Alahai tersenyum terus Tengku Hassanal apabila ayahanda menyakat di hadapan ramai orang.

Bersorak semua yang ada di situ. Sporting sungguh Agong, Tengku Hassanal pun siap buat gaya tangan bentuk love untuk semua. Ramai lah yang crush pada putera handsome ini. Baik Agong mahu pun anakandanya, semuanya berjiwa rakyat dan tidak kekok apabila bersama rakyat.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tuanku memang suka sakat tengku hassanal ni.. selalu cakap doakan dia cepat kawen hehe.. agong dh bgi hint tu nak menantu org srwak.. ”

” Agong promote anak dia dekat orang hehe, comel sangat anak dan ayah. Ingatkan tuanku nak buat announcement apa laa rupanyaaaaa β€œ dia masih bujang” haha.. ”

” Tuanku memang nak tengku kawin.. Tuanku selalu cakap pasal kawin dekat tengku hassanal. pandai gurau YDPA…Tengku Mahkota pun spoting.. ”

” Lawaklah Sultan Pahang ni suka betul menyakat Tengku Hassanal.. dgn aku2 sekali gelak tgok gelagat agung kita. anak pun melayan.. ”

” Cantik je terjadinya bentuk love Tengku Hassanal.. Hahahaha dlm hati, eh ayah ni.. aku pulak dipetik hehe.. comel lah agong dengan tengku hassanal ni.. ”

” Sultan Terpaling Jiwa rakyat.. Aaalaahaiii asal comel sangat dua-dua ni.. adik dpt duit, jgn abg dpt pinangan sudah hehe.. ”

” Elok lah tu anak dan ayah sama-sama kelakar, love sangat dengan agong dan keluarga.. semua sporting.. ”

Terhibur sungguh orang Sarawak dengan usikan oleh Agong ini. Untung orang Sarawak dapat bertemu mata dengan Tengku Hassanal yang menjadi keg1laan ramai. Semoga perjalanan Agong bersama Permaisuri dan anakanda berjalan dengan lancar sehingga ke destinasi terakhir mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok SiNebin, IG Hot FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT