Artis / Selebriti
” Punyalah takut sangat, terus kau alih sinki macam tu je yer Jep, haha.. ” – Netizen
Video Babak Lakonan Jep Sepahtu Ketika ‘H4ntu’ Tiba-Tiba Muncul Di Tingkap Dalam Sepahtu Reunion Live Buat Penonton Berdekah Gelak. Punya Lah Jep Takut, Sampai Sinki Pun Boleh Bergerak Macam Tu. Lawak Lah !!
Semalam, ‘ Sepahtu Reunion Live 2023 telah berlangsung meriah dengan tampil berbeza membawakan tema seram judul ‘Misteri Rumah Puak4’ . Paling menarik, kali ini Pak Ya membawa kembar seirasnya turut berlakon bersama-sama di atas pentas.
Meninjau ke akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video satu babak lakonan Jep. Video tersebut memaparkan gelagat Jep sedang mencuci pinggan di sinki. Tiba-tiba muncul kelibat ‘h4ntu’ di bahagian tingkap tanpa Jep sedari. Seolah-olah merasakan sesuatu tidak kena, Jep meminta Pak Ya untuk melihatnya mencuci pinggan.
Namun Jep rasa takut dan terus membawa rak sinki tersebut ke arah Pak Ya yang sedang duduk di bahagian sofa. Menonton lawak spontan yang dilakukan Jep itu membuatkan semua penonton di auditorium tidak berhenti ketawa kerana terhibur dengan lakonan Jep.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada warganet mengatakan jika mereka berada di tempat Jep, mereka akan terus berlari dan tidak lagi mencuci pinggan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata telah meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton lakonan Jep. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Punyalah tak0t sangat, terus kau alih sinki macam tu je yer Jep, hahaha.. Ni memang lawak sangat lah, penat aku yang tengok ni pun.. “
” Kalo sinki aku boleh alihkan macam ni, memang aku dok kat sofa sambil nonton tv lah jawabnya sambil membasuh tengok tv, haha.. “
” Memg tulah perasaan bila dh start tgh bsuh pinggan tu meremang” tengkuk.. Mmg rasa nk alih cabinet ke depan je, hahahaa.. “
” Mmg kelakar.. Sinki bergerak… Aduuhh Jep sakit perut aku dok gelak.. Kalau aku dah tak basuh pinggan tu dah, terus cabut lari.. “
” Lawak lah, dalam takut2 pun masih lagi nak habiskan basuh pinggan tu, hahaha.. Jep kau tak pernah tak kelakar lah.. Memang best sangat episod kali ni.. “
” Episod ni paling kelakar terbahak2 ketawa dr mula sampai habis.. Hantu tu terus blah mesti da tak tahan nk bedekah.. Kalau aku pun tak tahan nk ketawa.. “
” Malam ni kaw2 korang bagi ehh. Cameo dan artis jemputan pun wow sangat. Mlm ni punya tema memang the best lah.. Terbaik lah Sepahtu.. “
Riuh rendah satu auditorium terhibur dengan lakonan oleh geng Sepahtu pada kali ini. Lagi-lagi dengan beberapa artis jemputan yang juga telah menggamatkan suasana. Apa-apa pun nantikan episod baru pada minggu hadapan Sepahtu Reunion yang pasti membawa cerita yang mencuit hati untuk tontonan umum.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila

