Artis / Selebriti
” Saya ingatkan Shila Amzah tadi. Rupanya Tokti kesayangan kita.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza tampil kelainan menyanyikan Lagu Bahasa Cina bersama Firdhaus raih pujian ramai. Wah padu lah Tokti menyanyi lagu Bahasa Cina, fasih betul sebutan tu..
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil menyanyikan lagu dalam bahasa Cina menerusi single terbaharu berjudul Be Like Water. Sedikit sedutan video nyanyian Dato’ Seri Siti telah dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
Lagu yang dinyanyikan secara duet bersama Firdhaus itu memperlihatkan sisi berbeza Siti apabila beliau membawakan karya yang sarat dengan mesej mendalam serta elemen muzik yang menyentuh emosi. Be Like Water diinspirasikan daripada falsafah terkenal legenda seni mempertahankan diri, Bruce Lee.
Ia membawa maksud manusia perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan perubahan, kekal tenang ketika berdepan ujian, bersabar dalam setiap cabaran, serta memiliki kekuatan yang tersembunyi di sebalik kelembutan. Dalam dunia yang penuh dengan pancaroba, lagu ini menjadi refleksi bagaimana setiap individu mampu mengharungi kehidupan dengan sifat fleksibel dan tidak mudah berputus asa.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Firdhaus, diterbitkan oleh Aubrey Suwito, manakala penerbitannya berada di bawah SN Legacy Sdn. Bhd. dengan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Loolala Music. Menariknya, video muzik Be Like Water turut menjalani penggambaran di Dewan Filharmonik Petronas, sekali gus menampilkan visual yang cukup eksklusif dan berprestij.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang teruja mendengar nyanyian Dato’ Seri Siti dalam bahasa cina. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Wow my idol Dato Siti sings mandarin sooooo beautifully this is a great collab looking forward.. Sedap .. mcm lagu dulu2 punya vibes.. “
” Masyaallah keren sekali Dato’ siti. Slalu tak tekejut. Ni kali sy tekejut dan takjub.. Lagu firdhaus always sedap . Mana cikgu2 yg ajaq mandarin tu? Saya nak masuk kelasss .. “
” Mati2 sy ingatkan shila amzah td. Rupanya tokti kesayangan kita.. Lps jac viral bawa mandarin trus semua artis terikut ikut nak nyanyi mandarin jugak. “
” How can i ever describe this feeling.. firdhaus songs is my fav mandarin playlist while Dato Sri Siti always been no 1 singer in my heart..this duet blow my mind .. “
” Masyallah kesayangannn yang satu ni , nonstop buat kejutan. Ok lpsni tunggu lagu tamil pulak ciptaan a rahman .. Firdaus ni pure malay ke? Ke mix chinese. .”
” Alhamdulillah impian saya nak fffirdhaus dan ctdk Siti Nurhaliza berduet tercapai tak sabar nk dengar full.. Sebutan ct masih bulat. Tp a good try even i dont understand..”
” Hebat nak dengar tokti nyanyi lagu tamil pulak lepas ni . Ptt ade orkestra dlm jwpn AI tokti aritu… Whats in my mind .. “
Kemunculan Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu dalam bahasa Cina bersama Firdhaus pastinya menimbulkan keterujaan peminat yang tidak sabar menyaksikan gabungan vokal kedua-dua penyanyi tersebut. Single “Be Like Water” akan mula dilancarkan di semua platform digital bermula 30 Jun 2026.

Silakan SHARE..
Sumber : IG CTDK
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti5 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

