Artis / Selebriti
” MasyaAllah, bijaknya Afwa. Dah pandai baca penuh even pelat-pelat dia.. ” – Komen Netizen
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Muatnaik Video Bacaan Surah Al-‘Asr Oleh Anaknya, Muhammad Afwa Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Suara Afwa Pelat-Pelat Baca Ayat Al-Quran. Siap Betulkan Bacaan Ibu Lagi, Anak Soleh Intan Payung Ibu Ni !!
Anak-anak penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa seringkali mencuri perhatian warganet. Baik Aafiyah mahu pun Afwa diasuh dan dididik dengan ilmu dunia dan akhirat agar mereka menjadi insan yang berguna.
Meninjau entry di akaun Instagram DS Siti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti merakamkan suara Afwa membaca surah Al-‘Asr. Cerita DS Siti, ketika itu dia sedang cuba menidurkan Afwa dengan menyuruh Afwa membaca doa tidur dan surah Al-fatihah.
Secara tiba-tiba, Afwa berulang kali membaca surah Al-‘Asr. Gelagat spontan Afwa itu segera dirakam oleh DS Siti untuk dijadikan kenangan. Menerusi video ini, dapat didengar Afwa membaca surah itu dengan tertib dan betul bacaannya walaupun masih pelat sebutannya.

Afwa juga turut membetulkan bacaan ibunya. Alhamdulillah hasil didikan guru Afwa di sekolah, Afwa boleh mengingat setiap baris ayat surah tersebut. DS Siti juga mendoakan agar Afwa selalu diterangkan hatinya dan lancar bacaan serta hafazannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh DS Siti ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah tabarakallah.. comel afwa dah pandai baca penuh even pelat2 dia.. Comelnya dengar suara dia.. “
” Masyaallah Tabarakallah…. pandai afwa. Alhamdulillah bijak afwa.. semoga jadi anak soleh afwa sayang.. “
” Eiii pandaii afwa. Tringt moment konsert baruni dia asyik kacau kakaknya nk main piano time ibu perform shoo cuteee.. “
” MasyaAllah,bijaknya.. moga Afwa menjadi ank yg bijak,soleh dan membesar dengan di berikan kesihatan yang baik.. “
” Comelnya geram tau dengan suara Afwa.. Good job Afwa, siap betulkan bacaan ibu lagi tu.. “
” Pandai Afwa, dah boleh baca surah Al-Asr.. Intan payung ibu ni.. Saya dengar Afwa ni ada tone yg baik. Rasanya Tone Siti menurun kat Afwa.. “
” Ooo mashaa Allah pandainya Afwa. Semoga kelak menjadi penghafal alquran yaa afwa sayang.. syukur sangat-sangat.. kita yg dgr ni pun beebunga-bunga hati..”
Alahai Afwa, berbunga-bunga hati ibu mendengar bacaan Afwa itu. Ibu mana yang tidak seronok apabila ada anak-anak yang boleh membaca atau menghafal ayat Al-Quran. Mana tahu suatu hari nanti Afwa akan menjadi seorang penghafaz Al-Quran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

