Connect with us

Artis / Selebriti

” MasyaAllah baru lima tahun bijak sifir. Brilliant this boy.. ” – Netizen

Video Anak Saudara Mira Filzah, Umar Jawab Soalan Sifir Buat Ramai Kagum. Alahai Umar Siap Exc1ted Nak Buat Lagi !!

Mira Filzah adalah salah seorang selebriti wanita yang diminati ramai. Mira juga mempunyai seorang anak saudara yang bernama Umar dan ramai yang mengetahui bahawa hubungan mereka sangat rapat. Walaupun keluarga kakak sulungnya tinggal di luar negara, hubungannya dengan Umar kekal mesra terjalin dan Mira juga sering berkongsi kisah Umar di laman sosialnya untuk peminat.

Baru-baru ini, satu perkongsian video telah dimuat naik di Instagram Mira yang memaparkan anak saudaranya, Umar begitu pandai menjawab latihan Matematik bersama ayahnya di rumah. Umar sememangnya seorang anak yang pandai dan bijak menjawab soalan yang diberikan oleh ayahnya dengan mudah dalam video itu.

Mira kelihatan begitu teruja melihat kepintaran Umar yang bijak menguasai pembelajaran sifir dengan mengira hanya menggunakan jari dan mahir menggunakan teknik yang dipelajarinya. Malah, ramai juga terpeg0n melihat Umar pandai mengira dan menjawab soalan sifir itu walaupun usianya kini baru berusia lima tahun. Alahai, pandainya Umar.

Apa yang menarik, Umar nampaknya begitu happy apabila jawapan yang dibuat adalah betul di whiteboardnya itu. Malah, ayahnya juga turut memujinya dan memberikan soalan yang lain untuk mengasah lagi kemahiran mengiranya sehingga Umar kelihatan begitu exc1ted dan mahu membuatnya lagi.

Jom kita tonton video di bawah :

Perkomgsian daripada Mira tersebut mendapat ribuan views dan ramai yang kagum dengan kepandaian anak buah Mira yang dilihat sangat cekap mempelajari proses darab Matematik ini. Malah, rata-rata peminat memuji Umar seorang anak yang begitu berbakat. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Umar so clever.. May i know what technique is that.. tak pernah tau ade simple sifir like that.. Tengah cuba cari dari mana datang no no tu.. Bijak nya.. “

” So clever.. Dia bahagi no yg nk darab tu.. N then Kira lepastu tambah.. Tak pernah terfikir nak bt mcmni.. Too adorable n who talented like uu.. omg macm mana umar boleh kira 9×7 guna tangan je.. pantas pulaktu.. “

” Teknik yg bagus dan cepat.. boleh praktik ni.. That hey google is so me.. I dont do calculator anymore.. Hahaha.. Wow so cute.. I’m not really good at maths too, need a calculator.. but Umar is Brilliant.. “

” Clever boy.. pandainya dia walaupun masih kecik, Smoga berjaya dunia akhir4t adik umar yg manis.. MasyaAllah baru 5 tahun bijak sifir.. “

” I want more.. Woww clever umar.. ajar adik sendiri tak excited camtu pun, h4mpeh.. aaa unik nya cara dah 18 tahun hidop bru tahu cara ni.. Brilliant this boy.. “

” kenapa cikgu saya tak ajar cara ni dulu.. Ok dh thu mcm mna teknik dia kira tu.. klau ada cara cmni dlu dh lama dpt A dlm sub math.. lahai terasa diri ini agak ter0k bila tengok budak kecik lebih bijak hahahahah.. “

” Good job little boy seems you love mathematics so much.. lepas dpt jawab dia tanya dekat google.. hahaha bijak2.. Genius betholl cm aunty dia.. Woww umar is so clever plus so cute little boyy.. “

Wah, pandainya Umar selesaikan bahagian sifir ini. Teknik yang Umar gunakan itu juga kelihatan mudah dan bagus untuk kanak-kanak lain gunakan. Semoga Umar membesar dengan sihat menjadi kanak-kanak yang pandai dan Mira suatu hari nanti dikurniakan anak yang pintar seperti Umar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mfmirafilzah

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT