Connect with us

Artis / Selebriti

” Masih teringat date yang kita pilih untuk Ayash lahir, tapi Allah lebih sayangkan ibu Ayash.. ” – Makder

Genap Dua Tahun Pemergian Arwah Siti Sarah Raisuddin, Perkongsian Video Throwback Arwah Sarah Sejak Mengetahui Dirinya Mengandung Sehingga Lahirnya Ayash Affan Buat Ramai Sebak !!

Tanpa kita sedari, esok genap dua tahun Siti Sarah Raisuddin pergi men1nggalkan kita ke dunia abadi. Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisssuddin, perkongsian sebuah video throwback yang memaparkan kenangan bersama arwah telah meraih perhatian ramai.

Video dimulakan apabila Siti Sarah mengumumkan dirinya sedang berbadan dua dan hal ini membuatkan seluruh ahli keluarga gembira dan teruja. Ramai menantikan kelahiran Ayash namun tidak menyangka lahirnya Ayash ke dunia tanpa ibu di sisi.

Segala kenangan dalam membesarkan Ayash diabadikan dalam video ini. Di ruangan kapsyen juga dituliskan terasa seperti baru semalam Siti Sarah tiada dan semestinya kerinduan buat Siti Sarah tiada penghujungnya. lebih-lebih lagi bagi ahli keluarga yang sebelum ini ada bersama-samanya.

Perkongsian ini telah menerima lebih 47 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik. Ramai yang berasa sebak apabila menonton video ini. Hanya video-video yang dirakamkan menjadi kenangan bagi mengubati kerinduan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang berkongsi kisah yang sama tentang pemergian orang tersayang. Antara komen-komen yang diberikan :

” Masih teringat date yg kita pilih utk ayash lahir. Tapi Allah lebih sayangkan ibu ayash. Al- fatihah buat insan hebat Siti sarah raissuddin.. ” – Suciuwais

” Bidadari syurga Allah. Masha’Allah 2 tahun dh pemergian beliau.. Al fatihah. Semoga arwah Siti Sarah ditempatkan bersama para solihin, dikurniakan syurga tertinggi. Amin .. “

” I love U bidadari syurga.. Sy baru abis pantang ayash lahir.. hari2 tggu pasal awk ms tu.. pastu Sy tetdo lepas susukan baby.. Suami kjut pelan2 ckp jgn nangis sitisarahraissuddin dah tkde.. sakit btul perasan tu.. “

” Al fatihah bt arwh. sedihh sbb kami due dekat je.. sy sedih sngt mse arwh prgi. yela sbb kite pn prgnnt. mmg sy murunf angt time tu.. “

” Birthday arwah sarah sama dgn arwah ayah saya , Sarah pergi sebulan awal dari arwah ayah saya , ingat lagi saya bagi tahu arwah yg sarah dah tkde , arwah pun terkejut .. “

” Alaaaaa al-fatihah kesayangan kami semua semoga dirimu tenang disana.. kami peminat mu disini sangat merindui dan akan sentiasa rindu… “

” Esk genap 2 thn arwah siti sarah pergi, pemergian arwah mmg diingati sbb tarikh pemergian nya sama trikh bday ank sy 6 thn dan esok genap 8 thn umur ank sy.. “

Betapa pantas masa berlalu, Ayash juga kini sudah berusia 2 tahun. Hanya video dan gambar sahaja buat tatapan Ayash apabila besar nanti. Semoga roh Siti Sarah Raissuddin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al- fatihah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT