Artis / Selebriti
” Masa dia buat mulut tu, tersembur ketawa aku. Anak bertuah betul Zaki ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani mengajuk gaya ayahnya, Dato’ Jamal Abdillah menyanyi lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza buat warganet terhibur. Adui lah Zaki, jujur betul ni. Siap buat gaya mulut tu tak menahan, haha..
Zaki Yamani merupakan anak kedua Dato’ Jamal Abdillah. Zaki juga memiliki suara dan bakat nyanyian sama seperti ayahnya itu. Bagi yang mengikuti akaun media sosial milik Zaki, pastinya sudah masak dengan perangai Zaki yang suka mengajuk cara ayahnya menyanyi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Normalini dan Tiktok Zaki Yamani, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Zaki mengajuk dan ‘mengata’ secara terang-terangan suara Dato’ Jamal. Celoteh Zaki yang sedang live bersama anak Ameng Spring, Ammar membuatkan warganet terhibur.
Kata Zaki, dia ada melihat Dato’ Jamal cover lagu biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Cinta Padamu. Tanpa berselindung, Zaki mengatakan suara ayahnya tidak sedap membawakan lagu tersebut. Tidak itu sahaja, Zaki turut membuat gaya mulut ayahnya.

Ammar pula menambah mengatakan sekiranya Ameng menyanyi lagu DS Siti juga pasti kedengaran tidak sedap. Gelagat mereka ini menghiburkan hati warganet. Ini bukan peminat yang ‘mengata’ tetapi anak lagenda sendiri yang ‘mengata’ ayah masing-masing sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@notmalini @Zaki Yamani cakap bapa dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu) x sedap 🤣🤣 @ammarlaaa._ : ” Bapa aku x cover lagu tu, tapi kalau bapa aku cover lagu tu, confirm x sedap jg” 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
@zakiyamanizy_ Tahun lepas punya video 🤣 @ahmadmerrahh✨
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Masing-masing kutuk cara bapak masing-masing nyanyi haha.. oiii ko ngate idola aku yek haha.. kutuk bapak sendiri ni, zaki zaki lucu lah.. “
” Masing-masing tgh Cite psl gaya nyanyian bapak masing-masing ye… masuk si Merrah, mesti dia Cite psl bapak dia plk… mcm mana la kalo Dato’ Awie nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.. “
” Mengata bapak-bapak haha .. saya bangga anak-anak ni proud bapak2 dorang.. anak bertuah betul dak zaki ni haha.. “
” Tunggu afwa besar sikit pun gini la kot haha.. woi ngumpat bapak hoi haha.. mengumpat bapak sendiri.. lawak la korang ni.. bertuah betul budak berdua ni.. “
” Serius menyesal pergi tengok, tak sedap haha.. masa dia buat mulut tu,tersembur ketawa ku adoi zaki nakal sangat ni.. haha.. team anak anak jadi juri team bapak bapak haha.. “
” Haha standard anak legend kot. Afwa pun tak heran tokti nyanyi haha.. ni boleh dengan dengan Afwa ye.. bertuah punya anak, aku tak boleh lah dengan zaki ni.. lucu betul.. “
” Habis la kau zaki bende dh viral menjawab la jau dgn jamal abdillah haha.. dia punya mengajuk memang sebijik.. Aiipppppppp..mana Ada sesenget itu mulut DJA. Babap Kang. Cari psl ek.. “
Perkongsian ini turut mendapat perhatian Zaki dan ini komen Zaki :

Kelakar sungguh melihat Zaki mengajuk cara ayahnya menyanyi itu. Namun yang dimaksudkan Zaki bukan lah suara ayahnya tidak sedap, cuma tidak sesuai dengan lagu DS Siti. Apa-apa pun, Dato’ Jamal tetap lagenda yang lunak merdu suaranya dan Raja Pop Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Notmalini, Tiktok Zaki Yamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae

