Artis / Selebriti
” Tak boleh henti ketawa dengar Cess nyanyi. Rosak lagu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Shahida Dherbs dan anaknya, Qadejah El-Zahra menyanyi lagu nasyid buat ramai terhibur. Merdu sungguh suara Mama bernasyid. Sekali masuk part Qadejah, terus Mama suruh stop. Qadejah memang Aliff Syukri nombor 2, hehe..
Datin Shahida antara yang aktif berniaga di media sosial dan kini legasi perniagaannya perlahan-lahan diikuti oleh anak-anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah El-Zahra. Datin Shahida dan Dato’ Aliff Syukri juga mengharapkan agar perniagaan mereka itu diwarisi oleh anak-anak.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Datin Shahida dan Tiktok Papa Laris Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida dan Qadejah mempromosikan telekung keluaran AS Legacy. Untuk menyesuaikan dengan produk jualan, Datin Shahida menyany lagu nasyid kumpulan Solehah.
Suara Datin Shahida sememangnya diketahui lunak dan merdu. Malah suara Datin Shahida antara yang popular dalam kumpulan nasyid Solehah suatu ketika dahulu. Selepas Datin Shahida selesai menyanyi, Datin Shahida menyuruh Qadejah pula mengulangi nyanyiannya itu.

Baru sedikit Qadejah ‘belanja’ suaranya, terus Datin Shahida meminta Qadejah supaya berhenti. Datin Shahida mengatakan Qadejah memang copy paste Dato’ Aliff dan menggelarkan Qadejah sebagai Aliff Syukri nombor 2. ‘Rosak’ lagu nasyid Mama apabila dinyanyikan oleh Qadejah.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alip Syukri nombor 2 haha.. Takpa la cess bagi mama sorang je nyanyi .. Cess nyanyi rosak lagu, tu mama suruh diam haha.. “
” Cess haha, tak boleh henti ketawa dengar Cess nyanyi.. ‘dah la ni memang alif syukri no 2’ haha.. random la mama.. “
” Haha jangan bagi cess menyanyi mama.. Bangga lagi tu, haha swag Cess.. Nampaknya x dak lagi pelapis ank dato n datin boleh nyanyi mcm datin,mcm dato ado.. “
” Hahaha tak sempat nak nyanyi , mama nya dah suruh berhenti. Cess memang alif syukri no 2 sangat sangat sangat.. generasi papa laris heheh.. “
” Jujur nau mamanya haha.. Oooo banyak rupanya cess mewarisi dato alif syukri.. termasuk bakat menyanyi ni.. “
” Haha comel lah Cess, mama dia marah lari tempo.. menyumbangkan lagu kan, ngam lah.. tak yah nyanyi Cess, cess buat baking je haha.. “
” Sumbang lah Cess haha.. Like Daughter Like Father.. macam mama kata, cess aliff syukri nombor 2.. sebijik sama haha.. adui penat aku ketawa dengan cess ni.. “
Mendengar Qadejah menyanyi seperti mendengar Dato’ Aliff yang menyanyi. Mama sendiri pun tidak sanggup mendengar nyanyian Qadejah yang ala-ala Papa Laris itu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan mereka anak beranak dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahida Dherbs, Tiktok Papalaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

