Artis / Selebriti
” Yang ni kalau Abah tak bagi job, saya tak dapat belikan lah.. ” – Qadejah
Video Qadejah El Zahra dan abangnya, Ammar Ahyan memberikan hadiah istimewa ketika hari lahir abah mereka, Dato’ Aliff Syukri raih pujian ramai. Wah, pandai lah Cess dan Ammar pilih hadiah. Dato’ Aliff pun tak sangka, terharu sangat..
Beberapa hari lalu, usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri telah menyambut ulangtahun kelahirannya dalam suasana yang cukup meriah. Momen istimewa itu menjadi lebih bermakna apabila isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid membuat kejutan istimewa bersama seluruh ahli keluarga mereka.
Apa yang menariknya, anak perempuan mereka, Qadejah El Zahra atau mesra dipanggil Cess turut berkongsi momen tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi video yang dimuatnaik, Cess berkongsi suasana sekitar majlis serta hadiah istimewa yang disediakan khas buat abah tersayang.
Menurut Cess, dia bersama abangnya, Ammar Ahyan telah berpakat berkongsi duit untuk membeli gold bar sebagai hadiah. Tindakan mereka itu mencuri perhatian ramai, apatah lagi pada usia yang masih muda, mereka sudah menunjukkan cara menghargai ibu bapa dengan cara yang begitu bermakna.

Perkongsian tersebut terus dihujani pujian daripada warganet yang rata-rata terharu melihat usaha dan keikhlasan anak-anak Dato’ Aliff dalam membahagiakan abah mereka. Tidak kurang juga yang memuji cara didikan pasangan ini dalam membentuk anak-anak yang penyayang dan tahu menghargai keluarga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Selamat Hari Jadi Dato Sri Aliff.. Semuga sihat selalu dato panjang umur di murahkan rezeki ,amin.. Untung dato anak2 semua syg.. “
” Semoga Allah kurniakan Dato’ Aliff Syukri, umur yang berkat, dimurahkan rezeki yang barokah, sentiasa sihat, berjaya dan bahagia di samping keluarga tersayang.. “
” Hebat anak2 dia. Bukan sbb duit, kemewahan tapi sebab adab, empati, ehsan tu yang mahal.. Terbaik lah.. “
” Dua Anak2 yg appreciative.. Happy birthday Datok ..Semoga keluarga kaya ini menjadi contoh yg baik pd masyarakat. kaya yg seiring dunia&akhirat.. Amiin.. “
” Baguss Cess & Amayan. Kecil atau besar hadiah tu tak berapa penting. Nilai ingatan tu yang besar dik.. “
” Selamat Hari Lahir Dato, semoga Allah sentiasa menjaga dato Dan keluarga Dan d berikan kebahgiaan Dunia akhirat.. “
” Wahhhh.. Bagusnya Cess bagi abah dia 1 Dinar = 4.25gram emas .. Selamat hari lahir Dato.. Moga terus murah rezeki ya.. “
Momen seperti ini jelas membuktikan bahawa kebahagiaan sebenar bukan terletak pada kemewahan semata-mata, tetapi pada kasih sayang dan keikhlasan yang dikongsi bersama insan tersayang. Semoga keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan dan keharmonian yang berpanjangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qadejah_terlajaklaris, shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen

