Artis / Selebriti
” Mantap duet Watie dengan adik arwah Siti Sarah, Yazeed.. ” – Komen Netizen

Video Watie Hanifiah berduet bersama adik kepada arwah Siti Sarah Raisuddin, Yazeed menyanyi lagu Amy Search, Tiada Lagi raih perhatian warganet. 1st time dengar Yazeed menyanyi, sedap suaranya. Suara Watie pun power masa part tarik tu..
Meninjau ke akaun Tiktok Ixorra Design, perkongsian sebuah video yang memaparkan Watie Hanifiah berduet bersama adik kepada arwah Siti Sarah Raisuddin iaitu Yazeed menyanyikan lagu Tiada Lagi, nyanyian asal Amy Search telah meraih perhatian ramai. Rasanya ini kali pertama kita mendengar nyanyian duet antara mereka.
Ramai memuji suara kedua-duanya yang sememangnya sangat sedap dan merdu. Yazeed juga memiliki suara yang sedap yang sememangnya lahir dari keluarga yang mempunyai darah seni. Manakala Watie pula bukanlah seorang penyanyi tetapi suara Watie tidak kurang hebatnya.
Walaupun Siti Sarah sudah tiada, hubungan kekeluargaan antara Shuib dan keluarga mertuanya tidak pernah putus. Malah kehadiran Watie sebagai isteri Shuib tetap memeriahkan lagi hubungan keakraban antara mereka. Watie melayan seperti keluarganya juga.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika dahulunya ramai yang mengecam suara Watie yang tidak merdu tetapi kini suara Watie semakin nampak peningkatannya dalam nyanyian.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cikdiamond123 Mantap duet Watie dengan adik arwah Siti Sarah, Yazeed 👍👍 @watiehanifiah #watiehanifiah #adiksitisarah
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Suka tengok bonding Watie dgn family Siti Sarah.. Smga Allah s.w.t lindungi hbgn fmly ni hingga ke jannah.. watie ikhlas.. jadi diri dia.. .mummy anak2 shuib..moga Allah merahmatimu.. “
” Sbenarnya dari suara dia brcakap pun kita dh tau suara dia sedap. ni suara original tau bukan buat2.mmg sedap suaranya.. “
” Sedap suara watie .. seorang ibu yg baik dan penyayang .. arwah siti sarah mesti suka tengok watie sayang anak anak tirinya.. “
” Mantap vokal.. boleh jadi oenyanyi jika bakat diasah lagi. Semakin jelas sebutan nyanyian watie kini.ada ambil kelas mungkin.. “
” Sukalah tengok boleh karaoke sama sama.. suara pun sedap. Boleh pegi jauh lagi ni. Duet lah dengan dekta pula.. “
” Mantap suara.. makin merdu suara watie. Leh wat album lah. Patutlah shuib jatuh cinte. Pandai nyanyi juga.. “
” Wah, bestlah ada keluarga sporting mcm ni. Suara watie dan yazeed mcm sesuai.. nak request lagu.. “
Seronok melihat hubungan kekeluargaan antara keluarga arwah Siti Sarah dan juga Watie. Watie juga mengganggap ibu tiri dan bapa arwah Siti Sarah seperti ibu bapanya juga. Semoga hubungan silatulrahim ini berkekalan selamanya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ixorra Design
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah