Connect with us

Artis / Selebriti

” Mana satu aku nak pergi. Ini 1st time, saya tak tahu.. ” – Bell Ngasri

Terkejut Dapat Sambutan Luar Biasa Dan Dikerumuni Ramai Wartawan, Gelagat Bell Ngasri Ketika Bertemu Dengan Pihak Media Selepas Tamat ABPBH35 Buat Ramai Terhibur. Macam Ni Lah Bell Bila Jadi Bintang Paling Popular, Hehe !!

Saat diumumkan nama Bell Ngasri sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular, gamat sorakan menyebut nama Bell bergema di segenap ruang Istana Budaya. Kemenangan yang sememangnya diharapkan oleh peminat dan ianya menepati ramalan orang ramai.

37 tahun Bell menghiburkan peminat tanpa jemu dan tidak mengharapkan sebarang penghargaan. Segalanya dilakukan demi kerjaya dan menyara kehidupan. Namun semalam menjadi sejarah apabila buat julung kalinya, Bell mendapat penghargaan besar sebegini.

Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dimuatnaik satu video setelah selesai majlis ABPBH35 semalam. Seperti tahun-tahun terdahulu, penerima anugerah akan bertemu mata dengan para petugas media untuk sesi bergambar dan temuramah.

Memandangkan ini adalah kali pertama untuk Bell, kekok jadinya apabila Bell berhadapan dengan ramai wartawan. Yang memanggil-manggil kiri dan kanan sehinggakan Bell sendiri tidak tahu harus dilayan yang mana dahulu. Kelakar betul melihat reaksi Bell ketika itu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Pemenang bintang paling popular yg 1malaysia puas hati.. aku tengok aku pun senyum, bangga weh sebab aku pun undi Bell haha.. ”

” Senyum je aku tengok daru awal sampai akhir. Berbaloi aku undi beribu.. Tahniah.. Alhamdullillah.. seluruh Rakyat Malaysia puas hati dgn kemenangan ni.. ini yg kita mahu.. ”

” Puas gler hati aku dpt tahu dia menang. Aku suke dia. Dia dgn joey. Mmg lawak dia bukan dibuat main2. Mmg kene dgn selera hiburan aku. Cita rase org berbeza2 kan. Btw tahniah buat abg bell.. ”

” Agak2 brape juta ek.. entah2 80 juta org undi dia.. janna nick dlu pon dh nak smpai 40 juta inikan plak bell yg viral ni. puas hati akuhhhh dia menang.. ”

” Tahniahhhhhhh bell.. puass aku ko menanggg… ko selayaknya…. yakkkk yakk yeeee.. rezeki takpernah salah alamat cepat ataupun lambat pasti milik anda.. ”

” Buat lah apa saja reaksi keluar dari dia. Orang akan auto tersenyum takpun gelak. Sallute legend.. Tak habis habis lawak Bell nii.. Congrats Bell. U deserve it. Puas hati Bell menang.. ”

” Camni la bell jadi bintang paling popular haha. kiri kanan, abis semua gaya kena posing ye Bell.. hehe kelakar lah bell, semua terhibur dengan bell ni.. ”

Macam ini jadinya apabila kali pertama berhadapan dengan pihak media selepas kemenangan besar yer Bell. Yang penting rakan media semua tergelak sahaja apabila bersama Bell. Semoga kemenangan ini menyemarakkan lagi semangat Bell untuk terus berkarya dan menghiburkan semua peminat. Hidup YB Barkoba.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media HiburanΒ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT