Artis / Selebriti
” Makin bijak lah Bilal. Ok yang ni memang perangai Neelofa, cheeky haha.. ” – Komen Netizen
Adik Haris Ismail, Shakira muatnaik video gelagat Muhammad Bilal buat warganet terhibur. Alahai comelnya Bilal sebut Alhamdulillah. Dah banyak cakap, bijak dan kuat menyakat Bilal ni. Boleh pulak Bilal panggil Acu dia Shakira je, haha..
Muhammad Bilal yang cahayamata pertama Neelofa dan Haris Ismail telah pun genap usianya 3 tahun beberapa hari yang lalu. Bilal anak yang baik dan bijak. Warganet yang mengikuti Neelofa seringkali ternanti-nanti video serta gambar Bilal kerana ingin melihat telatah Bilal.
Meninjau entry di akaun Tiktok Shakira iaitu adik kepada Haris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi video Shakira bersama Bilal. Shakira membiasakan dirinya sebagai Acu apabila bercakap dengan Bilal. Bilal juga manja dengan Shakira.
Gelagat Bilal bergurau bersama Shakira juga mencuit hati warganet. Bilal semakin banyak bercakap dan salah satu ungkapan yang disebut oleh Bilal iaitu perkataan ‘ Alhamdulillah ‘ membuatkan semua teruja. Jelas dan nyata sebutan Bilal, langsung tidak kedengaran pelat.

Berhasil ajaran Neelofa dan Haris untuk Bilal dan hasilnya Bilal pandai mengaji Al-Quran dan menghafal surah-surah pendek. Turut dipaparkan menerusi video ini Shakira mengaji bersama Bilal. Selain bijak, Bilal juga agak cheeky perangainya dan warganet menyamakan perangainya itu sama seperti Neelofa.
Jom tonton video di bawah :
@shaaaaakiraa
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ok yang ni memang perangai Neelofa, cheeky haha.. happy birthday bilal… so cute la bilal sebut Alhamdulillah.. “
” Dah pandai cakap la, best dengar Bilal borak.. Happiest birthday bilal cayang.. May Allah bless you always.. “
” Too cute mashaAllah his “Alhamdulillah” .. May Allah bless Bilal always.. shakiraa je panggil acu dia hehe.. comel la Bilal , happy birthday hensem boy.. “
” Bilal dah besar laa.. masya Allah makin bijak lah dia.. Cutenya Bilal. Sedap sebut Alhamdulillah tu.. “
” Suka dengar bilal sebut alhamdulillah tu.. cute dan terang.. Selamat ulang tahun mohammaf bilal bin Mohamad Haris..semoga membesar sihat dn soleh Aamin.. “
” Best dengar bilal sebut Alhamdulillah tu.. Happy 3rd birthday Bilal.. Moga membesar menjadi anak soleh Bilal.. “
” Eee geramnya dah pandai cakap.. Sumpah comel dan bijak Bilal ni.. sebut Alhamdulillah tu terang jelas nyata eh.. budak bijak dan sikit nakal macam uminya.. “
Tumpang seronok warganet mendengar sebutan Alhamdulillah oleh Bilal itu. Semakin hari, semakin bijak Bilal kesayangan ramai ini. Acu pun Bilal panggil ‘Shakira’ sahaja, hehe. Apa-apa pun, semoga Bilal terus membesar menjadi anak yang bijak dan soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shaaaaakiraa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

