Artis / Selebriti
” Finally, thank you Fattah. Terharu dengar Fattah akhirnya pertahankan Fazura.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin menjawab pertanyaan mengenai isu live Fazura dan Fatima raih pujian ramai. Wah sekian lama akhirnya Fattah sebut juga nama Fazura. Sejuk hati dengar ayat Fattah pertahankan Fazura..
Meninjau perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan temubual antara Fattah Amin bersama pihak wartawan. Fattah ditemui ketika majlis Hi Tea Rissa Skin x Fattah Amin yang menampilkan Fattah sebagai duta produk kosmetik Rissa.
Menerusi video ini Fattah memberikan respon terhadap video Fatima mengatakan tidak sayangkan daddy. Semua sedia maklum Fazura hebat dikecam oleh wargamaya gara-gara video ini. Ada juga yang mengatakan Fazura yang mengajar dan brain wash Fatima.
Bagi Fattah, Fazura adalah ibu kepada Fatima dan semestinya Fazura sudah menjalankan tugasnya sebagai ibu yang terbaik untuk Fatima. Fattah juga menegaskan tidak sepatutnya komen-komen negatif yang melemparkan kecaman dan tuduhan yang tidak berasas kepada Fazura.

Jawapan Fattah ini membuatkan hati warganet kembali berbunga-bunga. Ini kali pertama Fattah memetik nama Fazura dan mempertahankan Fazura selepas penceraian mereka pada bulan Oktober tahun lalu. Disebabkan ini, ada yang mendoakan semoga Fattah dan Fazura kembali berjodohan demi Fatima.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semuga korang bersatu balik sebagai suami isteri.. nanti akak buatkan pulut kuning berhias 3 tingkat yea.. fatzuraforever.. “
” Akhirnya fattah pertahankn faz .. moga yang baik-baik sahaja kedua belah pihak.. sebenarnya kami rindu fattzura dan masih berharap korang bersatu kembali.. “
” Betul fatth..macam ni la baru gentleman..patut buat macam ni dari dulu. ni first time dengar fattah backup faz.. Terbaik Fattah.. “
” Antara yang paling diinginkan dari pihak kami… Pertahankann faz. Selama ini tunggu juga fattah back up fazz walau apa pun jadi.. “
” Rasa ni first time dengar Fattah pertahankan Fazura kan.. macam ni bagus.. sejuk hati kita dengar ayat Fattah untuk Fazura tu.. “
” Alhamdulillah, ini yang kita nak dengar daripada Fattah. Sejuk hati dgr fattahaminz pertahankan mummy Fatima missfazura.. “
” Finally, thank you Fattah.. terharu dengar Fattah akhirnya pertahankan Fazura. kali pertama dan Fattah sangat menjaga kata-kata dengan baik dan beradab.. semoga kembali berjodohan dan Allah buka pintu hati kedua-duanya.. “
Jawapan yang tenang dan matang daripada Fattah. Sejuk hati semua mendengar Fattah mempertahankan Fazura dan memberikan penjelasan agar semua yang mengecam Fazura faham situasi sebenar. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah, Fazura dan Fatima. Semoga ada sinar bahagia selepas hujan untuk mereka bertiga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Fattah Amin, IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen

