Connect with us

Artis / Selebriti

” Makan pun kena praktis eh haha. Ship sangat this family.. ” – Netizen

Video Perbualan Jep Sepahtu Bersama Anak-Anaknya, Barr Dan Bassit Yang Mencuit Hati. Amb0i Abah Siap Janji Holiday Jepun Lagi. Part Makan Tu Sempat Lagi Melawak Jep Ni !!

Karakter Jep Sepahtu yang suka membuat lawak bukan hanya sekadar di konti dan pentas namun di rumah juga kerana begitulah sifatnya yang semulajadi. Untuk makluman, Jep sudahpun mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya bersama Sariyanti iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Semenjak awal lagi, Jep begitu akrab dengan anak-anak lelaki Sari daripada perkahwinan terdahulu, Barr Al- Aliy dan Bassir Al-Haq. Meninjau akaun Instagram Sariyanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka sekeluarga berkelah di luar rumah.

Oleh kerana kebanyakan negeri dalam negara berada dalam tempoh Perint4h Kaw4lan Pergerakan, Jep dan Sari mengisi masa mereka bersama anak-anak di rumah sahaja. Menyiapkan berbagai juadah, perkelahan mereka nampak meriah dan anak-anak juga gembira.

Perbualan Jep yang memberitahu dia rindukan Osaka dan berjanji kepada Barr dan Bassit untuk membawa mereka sekeluarga ke Osaka nanti. Di dalam video tersebut,  Jep yang menyuruh anak-anaknya ini berlatih makan mencuit hati ramai peminat.

Kepada mereka yang mengikuti perkembangan, pasti mengetahui Jep dan pasukan bola sepaknya, Superlawak FC pernah ke Jepun tahun lalu untuk perlawanan persahabatan dengan kelab bola di sana. Rindu sangat Jep dengan masakan orang Jepun sampai terbawa-bawa ke rumah.

Jom tonton video di bawah :

Perbualan Jep bersama anak-anaknya ini mendapat perhatian daripada ramai peminat. Ada yang memuji cara Jep melayani anak-anak dan tidak kurang juga yang terhibur dengan ayat spontan Jep itu. Antara komen-komen mereka :

” Suka dengar jep sebut anak-anak abah.. terasa keikhlasan dan kasih syg tu. Praktis makan haha, ceria bud4k-bud4k dapat abah hepi go lucky.. “

” Jep anda sgt baik melayan anak2 tu. Mereka akn menghargai kasih sayang yg anda bagi dlm kehidupan mereka. Muga Allah sentiasa melindungi keluarga anda. Happy family till Jannah..Amiin Yarabbalalamin.. “

” I really love and adore this family.. Humble and lots of love. Abah siap latihan sebelum g Osaka. Tak pernah tak kelakar la abah ni.. “

” Makan pun ada rehearsal, dengan family pun kelakar. Alahai lembut je anak-anak sari. Senyum sentiasa, abah tak pernah tak kelakar. Happy family, simple and humble.. “

” Dengar jep cakap practice dulu pon aku da boleh gelak. Bahagianya tengok family Jep dengan Sari.. “

” Makan pun nak kena praktis eh haha. Ship sangat this family, seronok tengok family Sari Jep. Happy selalu.. “

” Lawaklah Jep, kena praktis dulu ye kalau nak pergi Jepun haha. Praktis makan tu yang tak menahannya, ad0i lawakla Jep ni.. “

” Ad0haiii tak tahan dengar praktis dulu mkn. Jep Jep tak pernah tak kelakar. Boleh pulak nak makan pun kena praktis dulu. Sen4k perut la ketawa.. “

Ayat Jep memang tidak pernah tidak kelakar, ada sahaja ayat spontannya yang mencuit hati peminat. Keluarga yang sentiasa ceria dan gembira apabila dapat berkumpul bersama-sama. Apa pun, semoga impian Jep untuk membawa keluarganya ini ke Osaka termakbul selepas habis tempoh PKP ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT