Artis / Selebriti
” Mak mertua terbaik, sentiasa meraikan cara masakan dan tidak memperlekehkan.. ” – Komen Netizen

Sheila Rusly kongsi video aksi bakal menantunya, Beatrice Chitra yang ligat memasak di dapur. Wah pandai memasak juga Beatrice ni. Siap dapat pujian daripada bakal mak mertua. Sampai jatuh bilah blender dalam kuali. Nervous sangat agaknya bila Shila datang sebelah, hehe..
Nama Sheila Rusly cukup gah dalam industri seni tanah air. Selain berlakon, Sheila juga terkenal dengan masakannya yang sedap dan kepakarannya memasak. Minta lah apa sahaja menu masakan yang dimahukan, Sheila pasti dapat menyediakan juadah itu dengan jayanya.
Meninjau entry di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan kekasih kepada anak kedua Sheila iaitu Beatrice Chitra sedang asyik memasak di dapur. Beberapa jenis masakan disediakan oleh Beatrice untuk Sheila berbuka puasa.
Antara menu yang Beatrice sediakan adalah Sambel Bawang dan Ayam Goreng Terasi atau dalam bahasa Melayunya Ayam Goreng Belacan. Beatrice juga memasak sayur campur tempe. Masakan Beatrice itu nampak menyelerakan dan Beatrice langsung tidak kekok di dapur.
Sedang asyik melihat Beatrice memasak, warganet terhibur melihat telatah spontan Beatrice apabila Sheila berada di sebelahnya. Tiba-tiba nervous Beatrice sehinggakan termasuk sama bilah blender dalam kuali. Siapa tidak gemuruh tukang masak hebat memerhati secara dekat.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Semua menantu Shiela Rusly pandai masak. Sejuk hati mak mentua macam ni.. Dua2 menantu hebat kt dapur.. lincah betul.. “
” Awakkkk, seronoknyaaa menantu2 awak semua pandai masak. Saya terus rasa tak sabar nak ada menantu jugak awakkkk. Selamat berbuka yer awak.. “
” Wah bagusnya Daughter in law macam ni . Alhamdullilah.. untunglah sis.. anak yang baik, menantu yang baik.. semua rezeki Allah.. “
” Untung menantu smua pndai masak. Nmpk tak kekok lgsung. Salah 1 rezeki dari Allah.. pandai masak, cantik pulak tu. natural beauty.. “
” Lulus dah nak jadi menantu sis sheilarusly_jspictures … selamat brbuka dan menjamu selera sis.. “
” Bestnye .. semua pandai masak ur daughter in laws.. Bertuah mak mertua, Alhamdulillah.. selamat berbuka sis..
” Mak mertua jenis mcm ni memang best dan terbaik. Sentiasa meraikan cara masakan. Jauh memperlekehkan. Hormat budaya org. Memang akn selalu harmoni. Beruntung pn. Teruskn usaha ini. Tumpang gembira.. “
Tumpang gembira warganet melihat aksi lincah Beatrice di dapur. Beruntung Sheila kerana ada bakal menantu yang pandai memasak sebegini. Nampak gayanya selepas ini boleh goyang kaki lah mak mertua di rumah. Bab masak memasak sudah ada pembantu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral5 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin