Artis / Selebriti
” Macam gitu je Tok Red gula-gulakan Kak Pila ye. Dulu Tok pun kayu jugak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Live Dato’ Red Dan Mantan Isterinya, Sharifah Nur Shafila Mencuit Hati Warganet. Amboi Tok Red Bukan Main Lagi Kenakan Kak Fila Eh. Sampai Merah Muka Kak Fila Gelak, Lawak Betul !!
Semalam telah berakhirnya tempoh iddah buat Dato’ Red dan bekas isteri pertamanya, Sharifah Nur Shafila atau mesra dengan sapaan Kak Fila. Sekali pun sudah tidak mempunyai apa-apa lagi ikatan, Dato’ Red dan Kak Fila tetap berkawan dan boleh bersenda gurau seperti dahulu.
Meninjau akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live antara Dato’ Red dan Kak Fila. Menerusi video ini, Dato’ Red mengajar Kak Fila cara untuk membuat jualan produknya di platform Tiktok. Ini kerana Kak Fila belum biasa menjual secara online dan tidak faham proses jual beli di platform ini.
Sambil Dato’ Red mengajar, banyak diselitkan unsur jenaka yang membuatkan Kak Fila tidak berhenti ketawa. Perumpamaan yang digunapakai oleh Dato’ Red supaya Kak Fila memahami apa yang cuba disampaikan juga menggeletek hati warganet. Ada-ada sahaja ayat spontan Dato’ Red menyakat Kak Fila.
Perbualan pasangan ini mendapat perhatian ramai warganet. Sekali pun nampak macam garang Dato’ Red melayani Kak Fila, tetapi tetap kelihatan rasa sayang dan prihatinnya terhadap Kak Fila. Banyak pula larangan dan pesanan Dato’ Red untuk Kak Fila.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kelakar jugak datin red ni haha.. saya doakan mereka bertiga akan bersatu semula bersama keluarga tersayang.. ”
” Kak pila ye ye nk blajo.. tpi tok red nk nyakat je lbihnye.. tngok muka kak pila pun sian kita. haha.. Kelakar gila.. org tua ajar org tua.. Sakit perut gelak td.. ”
” Tok ni nk ngajr dlm mse sme die kne kn kak pila… sian mmber sampai merah-merah muka ketawa.. ”
” Kemain Dato Red berlagak ajar kak pila ye.. dato dato, tak kering gusi betul tengok tok red dengan kak pila.. lucu suka menyakat.. ”
” Abang red ni mulut manis. Suka bergurau tu yg semua wife dia suka dgn dia. Amboi la dato Red.. dulu2 Ami semua yg ajor.. sekarang bukan mahen.. ”
” Amboi tok.. kemain erk skrg sejak2 dah pandai tt ni… cam gitu je tok gula2kan kak pila ye haha.. dulu tok pn kayu jgk.. ”
” Ceh mentang-mentang dia dah pandai Tiktok, eksen dah sekarang haha. ketawa smbil meleleh air mata aku ni.. ”
Kuat menyakat sungguh Dato’ RedΒ ini, memang semulajadi kelakar orangnya. Cara Dato’ Red yang begitu ‘berlagak’ mengajar untuk menjual menghiburkan hati warganet. Semoga Dato’ Red dan Kak Pila sama-sama dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak payah la korang suruh dia cakap bahasa Melayu. Lain bunyinya nanti.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula-mula dengar happy berbunga-bunga hati. Hujung-hujung pasal Fatima sedih terus. Kesian Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia punya spontan kalah singer song writer yang tersohor.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Part tak payah hantar anak pergi sekolah tu memang berdekah aku gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak mana yang nak bapaknya sentiasa dikecam, dibuli dan diherdik.. ” – Ahmad Firdaos Raissuddin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mahal video ni, memori yang tak akan berulang lagi. Shuib rindu kan, sengaja buat kami nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Cakap dengan dia, Dekta minat dengan dia tau, okey.. ” – Thalita