Artis / Selebriti
” Saya rasa, Rina lagi macam Tokti daripada Tokti.. ” – Edry Abdul Halim
Video Rina Nose Berduet Dengan DS Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Bukan Cinta Biasa Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Sebijik Macam Suara Tokti Lah. Tokti Pun Tergamam Dan Cakap Sama !!
Semalam telah pun berlangsung konsert akhir The Hardest Singing Show yang menampilkan 6 peserta yang cukup hebat. Program ini telah dihoskan oleh dua selebriti yang cukup menghiburkan iaitu Nabil Ahmad bersama selebriti dari Indonesia, Rina Nose.
Meninjau ke satu akaun Tiktok, pekongsian sebuah video yang memaparkan Rina Nose berduet bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah meraih perhatian ramai. Rina menyanyikan lagu berjudul Bukan Cinta Biasa dengan suara mirip Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Apabila mendengarkan nyanyian Rina, Dato’ Seri Siti juga dilihat tergamam dan terus menyatakan suara Rina sangat sama dengannya. Dato’ Seri Siti kemudian menyambung nyanyian Rina dan mereka berdua berduet seperti satu suara sahaja yang menyanyi.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun persembahan tersebut sekadar satu selingan, namun ia cukup menghiburkan. Memang mantap suara Rina Nose meniru suara Dato’ Seri Siti.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Biar betul #RinaNose duet dengan #SitiNurhaliza di #TheHardestSingingShow ? 😭😭
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan persembahan Rina Nose. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bg aku buat masa ni penghibur indonesia yg tgh top kat Malaysia Rina dgn Jovita pearl.. Rina Nose kesayangan rakyat Malaysia.. “
” Suara rina rose macam suara dato siti muda² dulu.. keep ambik Rina nose .mmg tak boring. fuhhh mantap la rina nose.. “
” Rina rose macam2 leh buat xboring pada had lain,pandai mekup cut rambut sendiqi melawak bawak watak macam2 baloi bayar mahai2 kerja keras terbaik.. “
” Bagus si rina ni, bila dia rasa mcm nyanyi sama dct dia terus ubah cara dia.. btw dia berjaya suruh tokti menyanyi sama2 dgn dia.. “
” Sedihnya rina Dah xde next week .. Kalau dia dngan Kepomm aq rasaa kebabommmm.. bangga org indonesia punyai artis sebagus rina nose…serba bole.. “
” Rina klau masuk mask singer aku rasa juara kot mcm2 suara dia leh buat.. tokti pun melayan jer. adess..comel.sangat nie.. “
” Kenapa.rina jadi hos di malaysia.. Best,, multitalented sgt Rina ni.. tak rugi hire rina.. semua boleh.. comey nya tok ti ckp “eh sme la, sme.. “
Rina Nose sememangnya seorang selebriti yang serba boleh dan menghiburkan. Ramai yang mengharapkan Rina kekal menjadi hos program ini untuk musim seterusnya nanti. Untuk musim pertama ini, Aepul Roza telah dinobatkan sebagai juara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris

